Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina
link : Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

Baca juga


Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

Malaysia di ambang kemerosotan sekiranya negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat tetapi pada masa sama menyuburkan keganasan, kata Marina Mahathir.

Menyebut satu contoh baru-baru ini apabila seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, aktivis sosiopolitik itu berkata Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

"Apa yang memberikan lelaki itu tanggapan bahawa dia berhak menasihati wanita itu dengan kasar dan kemudian menamparnya kerana tidak memakai tudung seperti yang berlaku baru-baru ini," katanya di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata penerbitan itu memberikan "dukungan empirikal" terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana "ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas."

Katanya, kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama serta serangan terhadap mereka yang tidak cocok dengan tafsiran rasmi Islam, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat tetapi turut membawa kepada keganasan.

Beliau juga mengulas kenyataan "seorang bekas pendidik" yang berkata kumpulan minoriti tidak seharusnya diberikan biasiswa dan mempersoalkan "pemimpin parti politik" yang mencadangkan hanya Muslim boleh menganggotai Kabinet.

Pada Konvensyen Kebangkitan Ummah hujung minggu lalu, bekas pendidik Raof Husin berkata Putrajaya terikat dari segi perlembagaan untuk mengehadkan bantuan pendidikan hanya kepada pelajar Bumiputera.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula pada tahun lalu berkata hanya Muslim layak memegang peranan membuat keputusan dalam sebuah kabinet Islam.

"Kalau kita tidak tahu, tidakkah kita akan berfikir bahawa IS (Daesh) juga berkata perkara yang sama?

"Tetapi dalam keghairahan kita memerangi keganasan di negara ini, sesetengah orang jadi keliru," kata Marina.


Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

Sekianlah artikel Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/islamisasi-akan-rosakkan-malaysia-kita.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina"

Posting Komentar