Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur

Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur
link : Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur

Baca juga


Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur

TAWAU: Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif disebarkan pihak pembangkang yang datang ke tempat mereka dengan hanya satu tujuan iaitu menghasut rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan.

Anggota Parlimennya, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan penduduk di kawasan itu bahawa mereka boleh mendengar tetapi jangan percaya dengan dakyah negatif serta fitnah yang menjadi asam garam politik pembangkang.

Beliau berkata perkara itu berlaku memandangkan pilihan raya umum semakin hampir dan parti-parti pembangkang semakin aktif menghasut rakyat membenci kerajaan."Dengar boleh, percaya jangan! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!," katanya, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jakarani, Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik, pada Ahad.Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik merangkap Timbalan Ketua Umno Kalabakan, Datuk Muis Picho.

Sementara itu, Muis berkata penduduk di Pulau Sebatik kini menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan elektrik hasil kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kehidupan serta memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan luar bandar.
"Kita mengakui masih banyak lagi projek-projek pembangunan yang perlu dibawa ke Pulau Sebatik ini."

"Kita telahpun membuat pelbagai perancangan dan kita berharap rakyat akan terus memberikan sokongan agar setiap perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Di majlis itu, Ghapur dan Muis turut menyempurnakan penyerahan bantuan wang zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada 299 penduduk dari beberapa buah kampung di pulau berkenaan.-Bernama


Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur

Sekianlah artikel Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/dengar-boleh-percaya-jangan-abdul-ghapur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur"

Posting Komentar