Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis

Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis
link : Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis

Baca juga


Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis

AMPANG – Selepas balik daripada mengerjakan umrah, Ketua Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menyampaikan tazkirah agama sebelum memulakan sidang media hari ini.

Sebelum memulakan sidang media berkenaan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, beliau menyampaikan tazkirahnya berkenaan asal-usul kejadian Nabi Adam A.S selama lebih kurang tiga minit.

Pada akhir tazkirah tersebut, Jamal mengaitkan cerita penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad. Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jamal mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi PPBM itu yang dikatakan bersubahat dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Peranan Tun Mahathir dengan konco-konconya yang juga sebagai biawak hidup, membawa jutaan ringgit untuk mamberi rasuah kepada DoJ. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan Najib dengan fitnah pembelian barang-barang kemas oleh isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.”

“Kami yakin dan percaya perkara ini satu agenda jahat daripada mantan PM selama 22 tahun ini. Beliau ini diberikan penangguhan usianya seperti iblis. Inilah manusia berwatak dajal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya.

Semalam, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dicetuskan oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berkenaan penglibatan Tun mahathir, Tun Daim dalam ‘konspirasi barang kemas’ yang dijalankan leh DoJ.

Bagaimanapun, sehingga kini, Tun Mahathir sendiri masih belum membuat sebarang penafian berkenaan isu tersebut. – MalaysiaGazette


Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis

Sekianlah artikel Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/allah-panjangkan-umur-tun-m-untuk-buat_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis"

Posting Komentar