Judul : Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik !
link : Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik !
Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik !
PETALING JAYA: Kedah muncul juara Piala FA buat kali ke-4 selepas menang tipis 3-2 ke atas Pahang pada aksi final penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pemain import dari Denmark, Ken Ilso Larsen membuka tirai jaringan skuad Lang Merah pada minit ke-20 setelah menerima hantaran daripada pemain sayap, Mohd Syazwan Zainon.
Perancang tengah, Baddrol Bakhtiar muncul wira pasukan Kedah apabila meledak 2 jaringan pada minit ke-45 dan 72, hasil rembatan leret dalam kotak penalti dan tampanan mudah di hadapan pintu gol Pahang setelah menerima hantaran lintang Syazwan untuk meletakkan Kedah selesa mendahului 3-1, lapor Bernama.
Dua gol Pahang dijaringkan 2 pemain import mereka, Heo Jaeowon pada masa kecederaan babak pertama perlawanan menerusi tandukan menarik hasil sepakan sudut Ahmad Syamim Yahya, serta Mohamadou Sumareh pada minit ke-80.
Sokongan padu ‘Elephant Army’ gagal membantu skuad Tok Gajah untuk menyamakan kedudukan setelah Sumareh hampir menyumbat gol penyamaan pada lewat permainan, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Keputusan 3-2 itu kekal sehingga ke wisel penamat oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamed.
Selaku juara, Kedah membawa pulang trofi Piala FA yang disampaikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baddrol dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir atas kejayaannya menjaringkan 2 gol bagi membantu Kedah menjuarai Piala FA.
Dalam pada itu, Muhd Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka dapat meraih kejuaraan Piala FA sebagai jurulatih bersama skuad Lang Merah setelah mengecapi kejayaan sama selaku pemain Perak pada 1990 dan Kedah pada 1996.
Beliau yang kini bertindak selaku Pemangku Ketua jurulatih Kedah menyifatkan kejayaan menundukkan Pahang 3-2 adalah hasil kerja keras pemain skuad Lang Merah.
“Saya tak pernah jangka akan meraih kejuaraan Piala FA sebanyak 2 kali selaku pemain dan hari ini selaku jurulatih.
“Alhamdulillah, apa yang kita rancang sebelum perlawanan menjadi walaupun terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan pada babak ke-2 perlawanan,” katanya selepas perlawanan berkenaan. #sumber
Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik !
Sekianlah artikel Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/piala-fa-pasukan-kedah-juara-kali-ke-4.html
0 Response to "Piala FA: Pasukan Kedah Juara Kali Ke-4, Baddrol Jadi Pemain Terbaik !"
Posting Komentar