Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !

Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !
link : Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !

Baca juga


Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan semakan kewarganegaraan calon pilihan raya bukan di bawah bidang tugas suruhanjaya berkenaan.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan semakan tersebut terletak di bawah tanggungjawab parti politik yang memilih calon masing-masing.
“Bukan kerja kita nak siasat, kerja SPR ialah bila kita terima notis daripada speaker Dewan mengatakan ada kekosongan kerusi akibat sekian-sekian perkara dan perlu diisi, jadi kita perlu jalankan proses pilihan raya kecil (PRK).
“Tetapi kalau ada pihak bantah di mahkamah dan mahkamah buat keputusan, kita kena akur dengan keputusan mahkamah,” katanya ketika ditanya sama ada SPR melakukan semakan kewarganegaraan bagi status calon pilihan raya atau sebaliknya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Program Singgah Mesra #JomKitaDaftarUndi di Pasar Borneo hari ini.
Mohd Hashim turut membidas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa program “outreach” suruhanjaya berkenaan bermotifkan politik.
“Kita bukan parti politik, kita ada teras utama kita. Pertama kita adalah badan yang menjalankan pilihan raya seperti diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Ke-2, SPR menjalankan persempadanan semula setiap 8 tahun dan ia bukan perkara baru dan ke-3 mendaftar pengundi adalah proses yang berterusan,” katanya.
Ditanya sama ada SPR mempunyai cadangan penambahbaikan bagi mengelak kes adun Pujut daripada berulang, Mohd Hashim berkata perkara itu tidak melibatkan suruhanjaya berkenaan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab jabatan lain.
Bekas adun Pujut Dr Ting Tiong Choon (DAP) dilucutkan keahlian dewan serta-merta mengikut Perlembagaan Sarawak pada 12 Mei lepas kerana memiliki 2 kewarganegaraan – Malaysia dan Australia.
Berikutan itu, PRK kawasan berkenaan akan diadakan pada 4 Julai ini, manakala penamaan calon 20 Jun.
Mohd Hashim juga berkata 27,000 pengundi berdaftar bagi PRK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.
Mengenai program Singgah Mesra #JomKitaDaftarUndi hari ini, beliau berkata ia antara program “outreach” SPR bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama rakyat Sabah dan Sarawak yang ramai di Johor.
“Kita dapati ada 55,000 rakyat Sabah dan Sarawak menetap di Johor dan ada kalangan mereka tidak pasti sama ada mahu mendaftar untuk mengundi di sini atau negeri asal.
“Jadi bila kita buat pendaftaran dan kita dapat tahu serta mengesan mereka, kita akan dapat membantu mereka sama ada mahu mendaftar untuk mengundi di sini atau di negeri asal masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Hashim berkata seramai 3.8 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi didapati masih belum mendaftar setakat ini.
Daripada jumlah itu, sebahagian besar adalah mereka berusia antara 21 dan 40 tahun, katanya. #sumber


Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !

Sekianlah artikel Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/hashim-semak-status-seseorang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hashim: Semak Status Seseorang Warganegara Calon, Bukan Kerja SPR !"

Posting Komentar