Judul : Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor
link : Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor
Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Jabatan Mufti Selangor memutuskan hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.
Ia diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April lalu dan dimaklumkan menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti negeri berkenaan semalam.
PNB dalam kenyataan hari ini berkata, perkembangan itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2008 yang memutuskan pelaburan unit amanah ASNB berserta dividen dan bonus diperoleh adalah harus.
Selain Selangor, negeri lain yang turut mengharuskan pelaburan ASNB adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Selangor meminta PNB untuk meneruskan usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan berkenaan menepati syarak sepenuhnya.
Jawatankuasa Fatwa Selangor turut menyatakan keharusan pelaburan akan dikaji semula selepas tiga tahun dengan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75 peratus.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengucapkan terima kasih kepada Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor berhubung keputusan fatwa berkenaan.
"Insya-Allah, PNB akan menyahut ketetapan berkenaan dan terus berusaha meningkatkan tahap patuh syariah pelaburan dari semasa ke semasa.
"Dengan keputusan ini, saya percaya pelabur di Selangor kini lebih yakin dengan hukum pelaburan dalam unit amanah ASNB dan diharap dapat menggalakkan mereka untuk meningkatkan pelaburan masing-masing," katanya.
Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor
Sekianlah artikel Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pelaburan-asnb-harus-jabatan-mufti.html
0 Response to "Pelaburan ASNB harus - Jabatan Mufti Selangor"
Posting Komentar