Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%

Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1% - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%
link : Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%

Baca juga


Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%

MALAYSIAKINI


Sebanyak 513 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negeri Kedah bagi tempoh Januari hingga 6 Mei lepas, yang meningkat 67.1 peratus atau 206 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata dalam tempoh itu tahun ini, tiga kematian akibat denggi dilaporkan iaitu satu kes di Kulim dan dua lagi di Kuala Muda.

Beliau berkata bagi penyakit Chikungunya pula, sejumlah 128 kes di catatkan di Kedah bagi tempoh sama.

"Penyakit Chikungunya dilaporkan di tiga daerah iaitu Kuala Muda (58 kes), Baling (69 kes) dan Kulim (satu kes). Wabak Chikungunya telah berakhir di Baling dan Kulim serta tiada lokaliti wabak itu aktif di kedua-dua daerah itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes denggi dan Chikugunya termasuklah kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan taman perumahan dan keadaan persekitaran yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Selain itu, pembuangan sampah atau sisa pepejal yang tidak terurus, perubahan cuaca serta pergerakan manusia ke tempat lain, turut menjadi faktor penyebab penularan kes berlaku dengan lebih cepat," katanya.- Bernama




Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%

Sekianlah artikel Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1% kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1% linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/kes-demam-denggi-di-kedah-meningkat-671.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes demam denggi di Kedah meningkat 67.1%"

Posting Komentar