Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton
link : Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton

Baca juga


Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton. Selepas perbincangan selama berbulan-bulan, syarikat induk Proton Holdings Bhd, DRB-Hicom Bhd akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk membincangkan cadangan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dan PSA Group menjadi rakan kongsi strategik pengeluar kereta nasional itu.

Seorang individu yang mengetahui situasi itu memberitahu Bloomberg, mesyuarat itu akan diadakan Jumaat ini.

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton. DRB-Hicom bagaimanapun enggan mengulas proses jualan 51% kepentingan dalam Proton kepada rakan kongsi asing bagi memastikan kilangnya terus beroperasi dan membangunkan model baharu.

Individu yang mengetahui situasi semasa itu berkata, Geely yang merupakan pengeluar teksi Britain – The London Taxi Company, mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.

Seorang lagi individu yang tahu mengenai proses itu berkata, PSA Group pula lebih berminat mengambil alih majoriti pegangan Proton.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

Pengarah Eurasia Group untuk rantau Asia Tenggara, Peter Mumford yang dipetik Bloomberg berkata, mencari rakan kongsi asing untuk Proton yang mempunyai kira-kira 12,000 pekerja ialah penyelesaian logik untuk “sebuah syarikat yang menjadi lambang negara, tetapi tidak cekap dan mengalami kerugian”.

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton


“Jika jenama ini dan pekerjaan dapat dikekalkan, ini mungkin ialah satu keputusan popular.”

Proton ditubuhkan pada 1983 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletak jawatan sebagai penasihatnya pada Mac 2016 selepas beliau bertindak keluar daripada Umno.

Syarikat itu kemudiannya diswastakan pada 2012, sebelum diambil alih DRB-Hicom – sebuah konglomerat dikawal jutawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Pencarian rakan kongsi Proton bermula tahun lalu, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan pada April 2016, dengan syarat ia melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan.

Proton dilaporkan mengalami kerugian RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ke-3 2016 sehingga mempengaruhi kerugian bersih yang dialami DRB-Hicom berjumlah RM821.3 juta.

Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan kerugian bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton


Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar pada Februari lalu berkata, syarikat itu mencari rakan kongsi strategik paling tepat dengan menilai 3 kriteria utama iaitu kesesuaian strategik, operasi dan keserasian kebudayaan.

Geely ialah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China yang berpusat di Taizhou, Zhejiang. Syarikat itu membuat kejutan pada 2009 dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion.

Kereta Geely dikatakan menjadi jenama kereta terlaris di China beberapa tahun kebelakangan ini, selepas menjadi pemilik kenderaan Sweden itu. Pada 2016, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah 1 juta unit.

Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton. PSA Group pula ialah syarikat Perancis yang merupakan pemilik Peugeot, Citroen, DS dan terbaharu – Opel serta Vauxhall. - fmt






Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton

Sekianlah artikel Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/geely-dan-psa-dari-china-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Geely Dan PSA Dari China Bakal Bekerjasama Dengan Proton"

Posting Komentar