Judul : DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati !
link : DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati !
DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati !
KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP M Kula Segaran hari ini menggesa kerajaan mempercepatkan usaha memansuhkan hukuman mati.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu dalam satu kenyataan berkata, kajian mendedahkan pandangan palsu yang hukuman mati mengurangkan bilangan kes pembunuhan.
Beliau mengulas pelaksanaan hukuman mati 2 beradi Rames dan Suthar Batumalai hari ini, yang ditangguhkan pada saat akhir.
Kedua-dua mereka memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja. Ia tidak pasti jika penangguhan itu disebabkan rayuan pengampunan itu.
“Ia tidak adil jika 2 beradik itu dinafikan hak mendapatkan rayuan mereka dikaji oleh Lembaga Pengampunan. Ia juga tidak boleh diterima jika Lembaga Pengampunan tidak memberikan masa mengkaji semula permohonan itu,” kata Kula.
Rames, 44, dan Suthar, 39, dijatuhi hukuman mati pada April 2010 selepas didapati bersalah kerana membunuh.
Sementara itu, Kula berkata Jabatan Penjara menyatakan pada Mei 2015, terdapat 1,043 banduan hukuman mati di seluruh negara.
Jumlah 1,043 bukan sebilangan yang kecil, kata Kula.
“Sebagai ahli Parlimen dan setiausaha Parliamentarians for Global Action, saya menekankan kezaliman berkaitan dengan hukuman mati di Parlimen.
“Ia signifikan sebagaimana dikatakan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang kerajaan bercadang mengkaji semula hukuman mati bagi jenayah tertentu.
“Adalah diharapkan usaha ke arah pemansuhan hukuman mati di Malaysia akan disegerakan.” #sumber
DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati !
Sekianlah artikel DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/dap-gesa-kerajaan-menyegerakan-usaha.html
0 Response to "DAP Gesa Kerajaan Menyegerakan Usaha Untuk Mansuh Hukuman Mati !"
Posting Komentar