Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis

Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis
link : Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis

Baca juga


Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis

Polis telah menahan Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua orang kanannya di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai penahanan mereka tidak lama lagi.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini JJPTR telah mengumpul pelaburan sehingga RM1.7 bilion.

Acryl Sani dalam satu kenyataan minggu lepas berkata susulan siasatan ke atas JJPTR, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, JSJK, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara dan Sekuriti Siber menyerbu lapan lokasi berlainan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, lapan lokasi tersebut yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket itu.

Acryl Sani berkata susulan serbuan, 15 pekerja dan empat pelabur telah ditahan untuk proses dokumentasi dan disoal siasat.

Beliau berkata kesemua mereka berumur antara 23 dan 40 tahun.

Difahamkan, daripada 15 pekerja yang ditahan, 13 adalah wanita, manakala tiga daripada empat pelabur yang ditahan juga adalah wanita.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat tempatan.

“Turut dirampas tujuh buah komputer dan komputer riba, mesin kira wang tunai, beratus-ratus dokumen syarikat JJPTR, televisyen, kamera litar tertutup dan wang tunai RM3,300,” katanya dalam kenyataan itu.

Acryl Sani berkata, tindakan membekukan akaun yang dimiliki oleh JJPTR juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis

Sekianlah artikel Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pengasas-skim-poor-to-rich-ditahan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengasas skim 'Poor to Rich' ditahan polis"

Posting Komentar