BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?

BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?
link : BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?

Baca juga


BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta supaya berterus-terang mengenai spekulasi empat ADUN PKR yang dikatakan akan melompat parti samada ia benar atau sebaliknya.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, sekiranya ia tidak benar, Azmin perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor kerana telah menipu.

“Hari ini kita minta Azmin mengeluarkan kenyataan secara terbuka rasmi samada benar atau tidak benar ada empat wakil rakyat daripada PKR ingin melompat parti.

“Kalau tiada bagi saya sekali lagi Menteri Besar Selangor menipu rakyat negeri Selangor dan beliau harus meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri Selangor,” katanya.

Menurut Armand lagi, ini bukanlah pertama kali Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu membangkitkan isu yang sama.

Sebelum ini ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar juga ujar beliau Azmin telah membuat dakwaan yang sama.

“Saya merasakan Azmin Ali telah menipu rakyat Selangor. Sepertimana yang kita tahu beliau telah memulakan perkara ini pertama kali di zaman Tan Sri Khalid apabila beliau mengatakan ada empat wakil rakyat daripada PKR ingin melompat parti. Akhirnya tiada.

“Sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan ada empat wakil rakyat nak melompat parti (yang) akhirnya akan mengubah kerajaan negeri Selangor.

“Bagi saya ini satu permainan politik Azmin untuk menutup kelemahan ataupun salahguna kuasa dan isu rasuah terbesar dalam negeri Selangor iaitu isu Adam Rosly.

“Bagi saya sepatutnya Pakatan di bawah Azmin melihat perkara ini dengan serius, bukannya mengalih pandangan dalam isu yang telah dijalankan,” katanya. 


BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?

Sekianlah artikel BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/bila-azmin-mahu-dedahkan-adun-pkr-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BILA AZMIN MAHU DEDAHKAN ADUN PKR YANG MAHU LOMPAT PARTI?"

Posting Komentar