Judul : Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh !
link : Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh !
Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh !
PHNOM PENH: Menara berkembar tertinggi di dunia bakal beralih dari Kuala Lumpur ke Kemboja apabila bangunan 133 tingkat setinggi 560 meter dibina di bandaraya ini.
Pemegang rekod ketika ini adalah Menara Petronas di Kuala Lumpur.
Ia hasil usaha sama dua syarikat China yang baru sahaja menandatangani perjanjian membinanya.
Sino Great Wall International dan Kumpulan Wuchang Shipbuilding Industry memperoleh kontrak membina menara berkenaan dengan bidaan sebanyak AS$2.7 bilion (RM12 juta).
Projek itu juga disokong oleh syarikat tempatan, Kumpulan Thai Boon Rong dan Kumpulan Sun Kian Ip dari Macau.
Pembinaan akan bermula sejurus selepas syarikat terbabit memuktamadkan perjanjian pembiayaan mereka dan ia dijangka siap lima tahun selepas itu.
Menara berkembar itu yang akan dibina di tebing Sungai Mekong akan mengandungi hotel mewah, apartmen, ruang pejabat dan kawasan perniagaan selain dilengkapi dewan pameran, pawagam dan restoran.
Dengan ketinggian 560 meter, menara Phnom Penh itu akan menjadi bangunan kelima teringgi di dunia.
Ia juga akan lebih tinggi sebanyak 372 meter daripada bangunan paling tinggi yang ada di Phnom Penh sekarang. #sumber
Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh !
Sekianlah artikel Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/menara-berkembar-yang-tertinggi-dunia.html
0 Response to "Menara Berkembar Yang Tertinggi Dunia, "Bakal Di Bina" Di Phnom Penh !"
Posting Komentar