Judul : Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur
link : Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur
Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya terkejut dan kecewa media massa melaporkan perbahasannya semalam mengenai perkahwinan bawah umur “secara tidak tepat”.
Tindakan media itu, katanya, menggambarkan dirinya mengalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dan mangsa.
Sebenarnya, menurut Shabudin, beliau cuma menolak usul mengharamkan perkahwinan bawah umur.
“Kerana usul itu berlawanan dengan peruntukan undang-undang syariah seperti yang terkandung dalam enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Memetik laporan semalam, Shabudin dilaporkan berkata perkahwinan antara mangsa bawah umur dan perogol mungkin sesuatu yang baik supaya mereka tidak melalui masa depan yang gelap.
Kanun Keseksaan menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan di bawah umur 16 tahun sebagai rogol statutori, walaupun dilakukan dengan kerelaan perempuan itu.
“Dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol statutori iaitu ‘atas dasar persetujuan bersama’. Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak mempunyai laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.”
“Walaubagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu.
“Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin,” kata Shabudin.
Undang-undang Islam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, yang mempunyai pihak berkuasa agama untuk mentadbir perkara berkaitan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam serta mahkamah syariah tersendiri.
Menjelaskan pendirian beliau, Shabudin berkata isu perkahwinan bawah umur sepatutnya dilihat dari sudut positif.
“Contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘atas dasar persetujuan bersama’ tadi.
“Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukankah ‘pintu belakang’ untuk halalkan kesalahan rogol,” katanya, menyerahkan kes jenayah seksual kepada polis dan mahkamah untuk menentukan hukuman terhadap perogol.
Shabudin membidas laporan media kerana memetik kenyataannya di luar konteks, terutamanya mengenai perempuan akil baligh pada usia 9 atau 12 tahun dan memiliki keadaan fizikal seperti 18 tahun, lalu tiada halangan untuk berkahwin dari segi fizikal.
“Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini mangsa rogol sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.
“Antara asas dalam hakim membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah akil baligh.
“Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur 9 tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal akil baligh, terutamanya di bahagian tajuk laporan tersebut.” #sumber
Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur
Sekianlah artikel Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/tak-sokong-kahwin-perogol-cuma-tolak.html
0 Response to "Tak Sokong Kahwin Perogol, Cuma "Tolak" Haramkan Kahwin Bawah Umur"
Posting Komentar