Judul : Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni
link : Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni
Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni
Ini bukanlah bab lawak tetapi kerana ia melibatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir maka dengar cerita ramai yang nak tergelak bila Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bercakap pasal U-Turn.
Apa tidaknya…satu dunia sudah lihat dengan mata kepala sendiri dan naik lali melihat gelagat bapanya ,Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dari satu U-Turn ke satu U-Turn ke satu U-Turn…dan U –Turn lagi.
Mukhriz dan pimpinan Pakatan Harapan nampaknya tidak senang duduk pada ucapan perbahasan Bajet 2018 bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ini bila Ahli Parlimen Tambun itu telah memuji Bajet 2018 sebaik bajet terbaik dalam sejarah serta yakin Malaysia mampu mencapai tahap sifar rasuah bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga menegaskan keyakinan kepada pimpinan negara ‘ satu kuda’ berbanding Pakatan Harapan yang ‘6 kuda’.
“Kamu tahu Tun M (Mahathir) siapa? Saya tahu sebab saya (bekas) Menteri Kewangan II. Kamu tahu apa berlaku ketika isu beli Pos Malaysia dan Perwaja? Saya tahu. Kamu tahu Muhyiddin, kamu tidak tahu tapi saya tahu.
“Kamu tahu Anwar? Saya sendiri ‘orang’ Anwar tapi saya tinggalkan dia selepas dia berhenti (dipecat) jadi Timbalan Perdana Menteri. Boleh ke kita mengikut mereka? Kit Siang, Guan Eng dan Mat Sabu, semua enam orang ini.
“Boleh ke mereka membawa Malaysia bersatu konon untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik? Saya tidak percaya, sebab itu pilihan raya umum akan datang adalah BN untuk masa depan,” tambah Husni lagi.
Kita tidak boleh salahkan Mukhriz merasa gelabah mendengar kata-kata menyengat dari Husni.
Pembangkang memang mengharapkan Husni yang lepas jawatan Menteri Kewangan Kedua semasa rombakan kabinet yang lalu akan balon rapat kerajaan dalam perbahasan bajet.
Ini kerana beliau pernah membuat kenyataan-kenyataan agak kritikal setelah melepas jawatan.
Husni terus kekal Ahli Parlimen BN sekalipun melepaskan semua jawatan politik termasuk Bendahari UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tambun.
Sebelum ini pembangkang senak perut bila bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhd Muhammad Taib masuk balik UMNO selepas lima tahun dalam kem pembangkang.
Bekas Naib Presiden dan Ketua Penerangan UMNO itu ambil langkah itu kerana hilang keyakinan dan tidak nampak hala tuju perjuangan kem pembangkang khususnya dalam membela nasib orang Melayu.
Seperti juga Mat Taib…pembangkang terus halakan senapang pada Husni termasuk membuat klip video menyerangnya.
Mukhriz dalam ulasannya pada Rabu mengkritik pendirian terbaru Husni yang sebelum ini dilihat lantang dalam isu 1MDB.
“Ini lebih meyedihkan lagi apabila seorang yang dulu kita lihat berprinsip, tapi dia buat pusingan 180 darjah,” kata Mukhriz.
Hairan bin ajaib bekas Menteri Besar Kedah ini boleh mudah lupa ‘prinsip’ Dr Mahathir selama 22 tahun jadi Perdana Menteri.
Apa yang Dr Mahathir tidak pernah cakap pasal Datuk seri Anwar Ibrahim,juga kes liwatnya,juga pasal Lim Kit Siang,DAP dan pembangkang.
Kalau disenaraikan segala U-Turn bapanya sendiri sejak menjadi top dog pembangkang rasanya Mukhriz boleh ‘lari malam’.
Dalam pada itu ramai juga tertunggu-tunggu sampai hari ini nak dengar komentarnya mengenai kisah popular di Kedah yang gelar beliau ‘ Menteri Besar Kuala Lumpur’ kerana sering balik rumah di Kuala Lumpur semasa jadi Menteri Besar Kedah dulu.
Ini gara-gara khabarnya waktu itu keluarganya sendiri tidak menetap di Alor Star…yakni berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang keluarga mereka tinggal bersama di negeri masing-masing .
Ada yang bertanya prinsip pimpinan apa itu?
Bukanlah elok beliau tampil ke depan buka cerita menjelaskan pasal dakwaan yang melibatkan diri dan keluarganya dari nak tunjuk pandai bercakap bab orang lain.

Sekianlah artikel Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/mukhriz-buat-lawakcakap-pasal-u-turn.html
0 Response to "Mukhriz buat lawak…cakap pasal U-Turn Husni"
Posting Komentar