"Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !

"Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !
link : "Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !

Baca juga


"Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penemuan “maklumat mengejutkan” tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman dengan penemuan data terbaharu berkaitan dengan aktiviti persempadanan di Pulau Pinang.
Ia juga akan memfailkan bantahan dengan SPR sebelum tempoh bantahan ditutup 7 April ini.
Guan Eng akan menjadi plaintif dalam saman itu, mewakili kerajaan negeri.
“Kami sudah memfailkan 1 bantahan pada 4 April, dan kami akan memfailkan 1 lagi bantahan mengenai penemuan kami sebelum 7 April,” katanya pada sidang media di Komtar.
Maklumat baharu tidak akan didedahkan sehingga Exco Abdul Malik Abul Kassim pulang dari Kuala Lumpur, kata Guan Eng. Beliau tidak memberitahu bila Malik akan kembali ke Pulau Pinang.
SPR sebelum ini mengumumkan hanya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Balik Pulau akan terjejas dalam persempadanan semula.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat mendapati ada pergerakan keluar dan masuk pengundi di kawasan mereka.
Guan Eng dalam bantahan 4 April lalu mendakwa SPR tidak menjalankan persempadanan semula mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan; salah pembahagian pengundi, kerana beberapa kerusi didapati mempunyai jumlah pengundi rendah dan tinggi melebihi sepatutnya; gangguan pada hal ehwal tempatan, kerana kebanyakan agensi kerajaan berjalan berdasarkan kerusi DUN; dan SPR mengabaikan cadangan kerajaan negeri.
“Kegagalan menjalankan persempadanan semula di Pulau Pinang dengan betul menjadikan proses itu tidak berperlembagaan dan haram di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika itu.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari kemudian memohon semakan persempadangan semula kawasan pilihan raya di Pulau Pinang ke mahkamah.
Zairil berkata persempadanan semula Pulau Pinang oleh SPR tidak mengambil kira salah pembahagian kawasan pengundian.
Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan kegagalan SPR membahagikan kawasan dan sempadan kerusi Bukit Bendera, Tanjung Bungah, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus sebagai tidak berpelembagaan.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun enggan memberikan kebenaran mencabar persempadangan itu, kerana ia persempadanan semula kawasan belum dimuktamadkan. #sumber


"Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !

Sekianlah artikel "Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pulau-pinang-temui-maklumat-mengejutkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Pulau Pinang" Temui "Maklumat" Mengejutkan, Mahu Saman SPR !"

Posting Komentar