MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian

MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian
link : MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian

Baca juga


MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian

Pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang kehilangannya masih satu misteri dipercayai 'berkubur' di kawasan pencarian sebelum ini iaitu satu lokasi terpencil di bahagian utara Lautan Hindi. Laporan terbaharu itu memberi harapan untuk kemungkinan pesawat itu ditemui satu hari nanti. Operasi pencarian besar-besaran pesawat yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 2014 itu dihentikan, Januari lalu selepas tiada sebarang petunjuk ditemui. Misi pencarian berkenaan yang juga termahal dalam sejarah, dilakukan di bawah laut dengan diketuai Australia berdasarkan bacaan data satelit yang membayangkan pesawat itu mungkin terhempas di sekitar bahagian selatan Lautan Hindi. Namun, rayuan oleh keluarga mangsa menyebabkan kawasan pencarian diluaskan ke bahagian utara lautan berkenaan berpandukan kepada analisis oleh pakar dari Australia dan antarabangsa pada Disember lalu.

Pasukan mencari turut menjumpai tiga bahagian pesawat di luar kawasan pencarian rasmi di bahagian barat perairan Lautan Hindi, antaranya bahagian sayap sepanjang dua meter yang terapung di pulau La Reunion. Laporan oleh badan sains kebangsaan Australia, Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) turut menyokong teori lokasi pesawat itu dengan menggunakan data dan analisis dari ujian yang dijalankan ke atas serpihan sayap Boeing 777 berkenaan.

Saintis CSIRO, David Griffin berkata, ujian yang dijalankan itu membuktikan kesahihan penemuan sayap MH370 di Pulau La Reunion pada Julai 2015. "Tindak balas serpihan sayap pesawat itu kepada angin, ombak dan arus berpadanan dengan teori yang dibuat sebelum ini," katanya. Laporan itu turut disokong Menteri Pengangkutan, Darren Chester yang berkata ia dibekalkan kerajaan Malaysia. "Laporan CSIRO sudah diberi untuk satu pertimbangan dalam penyiasatan yang masih diteruskan selepas MH370 hilang" katanya dalam satu kenyataan. AFP


MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian

Sekianlah artikel MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/mh370-dipercayai-berkubur-di-utara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MH370 dipercayai 'berkubur' di utara lokasi pencarian"

Posting Komentar