Judul : Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik !
link : Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik !
Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik !
PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Malaysia belum menerima sebarang permohonan dari pihak berkuasa India untuk menahan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.
Ketua polis negara itu berkata, pihak berkuasa India jika hendak mendapatkan sebarang bantuan dari Malaysia perlu melalui Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu.
“Tiada apa-apa setakat ini. Mereka perlu melalui AG (peguam negara) kami untuk sebarang permintaan mendapatkan bantuan,” katanya kepada FMT melalui mesej WhatsApp hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihak berkuasa India sudah meminta bantuan polis Malaysia untuk menahan Zakir dan sama ada Putrajaya akan menyoal siasat beliau berhubung dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.
The Indian Express melaporkan Mahkamah Khas di Mumbai mengeluarkan waran tangkap tanpa ikat jamin ke-2 terhadap Zakir, semalam, susulan permohonan Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA).
Menurut akhbar itu, NIA mendakwa siasatannya mendedahkan Zakir “menggalakkan dan membantu” pengikutnya melalui ceramahnya untuk mempromosikan ketidakharmonian antara masyarakat berlainan agama.
NIA juga memaklumkan kepada mahkamah Zakir tidak membalas notis yang sudah dihantar kepadanya sebanyak 3 kali.
Minggu lalu, Mahkamah Khas Akta Pencegahan Pengubahan Wang mengeluarkan waran tangkap tanpa ikat jamin terhadap Zakir dalam kes pengubahan wang haram yang difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) kerana gagal hadir ke mahkamah.
NDTV memetik NIA sebagai berkata, ia akan mendapatkan bantuan Interpol untuk membawa Zakir pulang ke India.
Menurut laporan itu, NIA sudah memfailkan 1 kes terhadap Zakir dan pegawai lain di Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) berpangkalan di Mumbai, susulan serangan di Dhaka pada tahun lalu, di mana seorang daripada penyerang itu mendakwa dipengaruhi Zakir.
November lalu, India mengharamkan IRF yang diasaskan Zakir selama 5 tahun kerana didakwa menghasut umat Islam dan menggalakkan permusuhan antara kaum berbeza. Ketika itu, Zakir dalam lawatan ke luar negara dan sejak itu beliau tidak pulang ke India.
Kehadiran Zakir di Malaysia turut ditentang beberapa kumpulan bukan Islam yang mendakwa ajaran dan kenyataannya akan memecahbelahkan rakyat berbilang agama di negara ini.
Pada 1 Mac lalu, sekumpulan 19 individu termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan peguam, Siti Kasim memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan melindungi Zakir yang mampu mengancam keselamatan serta keharmonian negara.
Sabtu lalu, Zakir dalam sebuah program anjuran pertubuhan hak Melayu, Perkasa mendakwa beliau akan diseksa jika pulang ke India, sebaliknya beliau sedia disoal siasat pihak berkuasa negara itu menerusi Skype dan kaedah tele-sidang.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Zakir diberikan status penduduk tetap (PR) di Malaysia kira-kira 5 tahun lalu.
Hari ini, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Putrajaya memberi status PR kepada Zakir adalah wajar kerana kerajaan Malaysia berhak melindungi pendakwah kontroversi yang dikehendaki pihak berkuasa India itu.
Beliau turut mengaitkan tindakan Perancis memberi suaka politik kepada pengasas Revolusi Islam Iran, Ayatullah Khomeini, pada 1978 yang melarikan diri daripada penindasan rejim Shah Iran. #sumber
Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik !
Sekianlah artikel Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/khlaid-pihak-berkuasa-india-tak-minta.html
0 Response to "Khlaid: 'Pihak Berkuasa India' Tak Minta Malaysia Tahan Zakir Naik !"
Posting Komentar