Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !

Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !
link : Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !

Baca juga


Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini berkata, “puisi pagi Jumaat” yang mencetuskan kontroversi dalam hubungan antara agama di negara ini sebenarnya tidak merujuk kepada komuniti Hindu tempatan.
Di sebalik kecaman di media sosial dan kritikan dari badan bukan kerajaan, termasuk laporan polis terhadapnya, Asri hari ini berkata, “puisi” tersebut sebaliknya menyerang kerajaan pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi.
“Puisi memperkatakan tentang kerajaan Modi di India yang membiarkan saban hari Muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu,” kata Asri di Facebook.
“Bahkan suasana itu seakan sengaja diwujudkan oleh kerajaan beliau atas dasar kesucian lembu yang mereka percaya.
“Anda boleh lihat artikel dan video dalam internet yang begitu banyak tentang kekejaman mereka kerana ‘mempertuhankan lembu’ dalam ertikata mensucikannya.
“Bagi yang tidak mempertuhankan lembu di negara ini seperti yang sedang berlaku di India, harap jangan terasa. Puisi itu untuk suasana semasa di India.
“Saya percaya dalam negara kita yang rata-rata berpendidikan tinggi tidak mungkin akan menyembah haiwan seperti lembu ataupun mensucikannya. Apatah lagi sehingga sanggup membunuh orang lain kerananya.”
Asri semalam memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggil golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.
Walaupun tidak menamakan pendakwah yang dimaksudkan, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan penceramah kontroversi dari India, Zakir Naik, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.
Secara kebetulan, pihak berkuasa India mahu penduduk tetap sejak 5 tahun lepas itu pulang ke tanah air untuk disoal siasat berhubung dakwaan pengubahan wang dan keganasan.
Zakir pada majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia minggu lalu menegaskan enggan pulang atas alasan pihak berkuasa India akan menyeksa beliau.
Menjawab “puisi” Asri, Persatuan Hindu Sangam Malaysia berkata, seorang mufti tidak sepatutnya membuat sebarang kiasan mengenai agama tertentu jika tidak faham agama tersebut manakala bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim meminta ulama yang emosi tidak harus bercakap mengenai isu Zakir. #sumber


Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !

Sekianlah artikel Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/dr-asri-puisi-saya-kecam-pm-india-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Asri: Puisi Saya Kecam PM India 'Bukan Komuniti Hindu' Malaysia !"

Posting Komentar