Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta...

Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta...
link : Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta...

Baca juga


Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta...

Susulan laporan bercanggah dilaporkan oleh The Star Online yang memanipulasikan kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahabuddin Yahaya ketika membahaskan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 di Dewan Rakyat, Selasa, pelbagai pihak memberi reaksi balas.
 
Laporan The Star Online bertajuk: “Okay for rapist to marry victim, even some 9 year old can marry”.
 
Berikut disiarkan pendapat MADI AZMADI yang berada di Parlimen ketika Shahabuddin melontarkan pandangannya berhubung RUU tersebut sekaligus mempersoalkan motif akhbar itu membuat laporan bercanggah daripada apa dinyatakan  Ahli Parlimen tersebut.
 
“Aku kerja di Parlimen. Aku dengar dgn teliti ucapan YB Shahabuddin Yahaya, MP Tasek Gelugor semasa perbahasan usul untuk memasukkan klausa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dalam akta kesalahan seksual kanak-kanak.
 
YB Shahabuddin merupakan mantan hakim mahkamah syariah. Dia jelaskan, melalui enakmen negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah.
 
Maknanya, mereka hanya boleh berkahwin selepas hakim mahkamah syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut.
 
Dan bila dibaca artikel The Star ini, langsung tidak dinyatakan hujah berkaitan kebenaran dari hakim tersebut.
 
Berkenaan umur 9 tahun yang dinyatakan, YB Shahabuddin memberi gambaran bahawasanya seseorang perempuan itu sampai akil balighnya ada yang seawal usia 9 tahun.
 
Hujahnya sekadar memberi contoh tentang pengalaman sebagai seorang hakim; seseorang yang sudah akil baligh, secara asasnya mereka sudah boleh berkahwin.
 
Tetapi ianya hanya terpakai selepas hakim meneliti perkara itu dengan sewajarnya dengan mengambil kira perkara-perkara lain.
 
Berkaitan perogol yg berkahwin dengan orang yang dirogol, jelas dalam awal ucapannya, dinyatakan rogol adalah jenayah.
 
Si perogol perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang. Tetapi ada banyak kes, perogol berkahwin untuk tutup kes.
 
Dalam ucapannya juga jelas dikatakan, pihak polis bertindak mengikut laporan polis.
 
Kalau tiada laporan polis, atau laporan polis ditarik, bermakna tiada kes untuk disiasat sebab orang yang mendakwa dirogol telah menarik balik laporan yang dibuat.
 
Tanggungjawab itu berbalik semula kepada tanggungjawab wali. Harus diingat juga, apa-apa hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, walaupun hubungan suka sama suka, akan turut dikira sebagai rogol.
 
Jadi kepada The Star Online, silalah berintegriti dalam reporting anda. Bila hendak quote seseorang, quote lah sepenuhnya. Jangan menulis sehingga memberi gambaran salah. Itu tidak betul.


Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta...

Sekianlah artikel Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/gara-gara-salah-lapor-mp-bn-tasek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gara-gara salah lapor MP BN Tasek Gelugor kena hentam buta..."

Posting Komentar