Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap

Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap
link : Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap

Baca juga


Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap

KUALA LUMPUR: Satu sindiket menawarkan perkhidmatan penyiaran saluran televisyen berbayar daripada syarikat televisyen satelit berbayar ASTRO secara tidak sah melalui penstriman dalam talian dan perkongsian kad, mampu mengaut keuntungan mencecah RM900,000 sebulan daripada kegiatan itu. Sindiket yang dikesan mula aktif sejak 2015 itu didapati menjual pakej ASTRO dan saluran lain secara tidak sah kepada pelanggan dengan kos bayaran bulanan jauh lebih rendah.

Difahamkan, pelanggan perlu membayar antara RM199 hingga RM250 untuk unit 'box' mengikut jenis pakej dan yuran langganan hanya RM350 untuk tempoh setahun. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sindiket ini dikenal pasti menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mencari pelanggan dan dipercayai lebih 30,000 pelanggan sudah melanggan dengan sindiket ini sekali gus menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit kepada pihak ASTRO.

"Bagi membendung perkhidmatan tidak sah ini, JSJK Bukit Aman menerusi Ops Camar Tayang menjalankan serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur serta Johor Bahru, semalam dan hari ini. "Susulan itu, kita berjaya menahan 6 suspek lelaki tempatan berusia antara 39 hingga 53 tahun serta merampas pelbagai peralatan digunakan untuk 'live streaming' (penstriman secara langsung) dan 'card sharing' (perkongsian kad). "Rampasan termasuk 12 unit 'parabolic modem/router', lebih 500 unit dekoder dan kad ASTRO, 'android set up box', telefon bimbit, tablet komputer dan komputer riba," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, kesemua suspek kini direman tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1897.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak melanggan dengan sebarang pakej langganan tidak sah sedemikian kerana ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Hak Cipta 1987. "Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 232(b) Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM300,000," kata Acryl Sani. Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang menawarkan perkhidmatan sedemikian, orang ramai perlu segera melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan.


Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap

Sekianlah artikel Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/sindiket-tawar-siaran-astro-tidak-sah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah ditangkap"

Posting Komentar