Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM

Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM
link : Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM

Baca juga


Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Hasrat Amanah untuk bertanding dalam semua kerusi milik PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin tidak kesampaian, demikian kata Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan hari ini.
 
Menurutnya, ini berikutan kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan PAS pada pilihan raya (PRU) lalu bakal dikongsi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU kali ini. 
 
"Amanah sendiri akan bertanding dalam kerusi yang PAS bertanding dulu, tetapi dengan kemasukan Bersatu (PPBM) ini pula, kita akan tengok juga kerusi-kerusi yang kita kira, yang perlu untuk kita berikan pada parti Bersatu (PPBM) ini.
 
"Dengan kehadiran Bersatu ini, bukan sahaja Amanah tetapi PKR dan mungkin DAP juga akan melepaskan beberapa kerusi untuk diserahkan untuk ditandingi oleh Bersatu," katanya dalam satu kenyataan kepada portal Antarapos.
 
Beliau turut menambah, angka itu akan dikurangkan kerana mengambil kira kawasan DUN atau Parlimen di mana jika majoritinya adalah Melayu, ia mungkin sesuai diberikan kepada Bersatu. 
 
Sany dalam kenyataan sama turut tidak menafikan terdapat pertindihan dalam kerusi seperti yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
 
Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam proses perbincangan di antara ahli jawatankuasa keempat-empat parti dan segalanya akan diselesaikan di meja rundingan.
 
"Sebab sekarang ni proses berlaku di peringkat jawatankuasa, pembahagian kerusi, kalau ada kerusi-kerusi yang bertindih, jika mereka tidak selesai di peringkat jawatankuasa teknikal, kerusi ni akan naik satu step lagi mungkin diperingkat tertinggi di antara parti-parti," katanya.
 
Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr. Shaharuddin Baharuddin dalam satu kenyataan tidak memaklumkan jumlah kawasan yang bertindih memandangkan ia masih dalam proses perbincangan. 
 
"Pertindihan kerusi memang ada, jadi proses ini proses diplomasi, masih berjalan, proses negosiasi masih berjalan. Jadi tidak semuanya muktamad sampai pilihan raya akan datang.
 
 


Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM

Sekianlah artikel Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/amanah-perlu-bersedia-kongsi-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah perlu bersedia kongsi kerusi dengan PPBM"

Posting Komentar