Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri

Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri
link : Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri

Baca juga


Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri

Pemimpin-pemimpin kanan PAS tampil mengecam kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa parti itu sebagai keliru di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagi mereka, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut yang disifatkan cukup biadab.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang keliru, tidak ada pendirian serta hilang arah tuju selepas keluar dari UMNO dan menubuhkan parti baharu.
“Sebenarnya tindakan Mahathir itu lebih kepada individu yang kecewa kerana ada sesuatu yang dia mahu tetapi tidak tercapai. Untuk menutup kekecewaan itu, dia menuduh PAS hilang pendirian.
“PAS sejak dahulu sehingga kini tidak pernah berubah meskipun pimpinan utama bertukar ganti. Kita sentiasa konsisten dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.
“Tidak wujud isu PAS tiada pendirian atau hilang arah sebagaimana yang didakwa Mahathir kerana beliau sebenarnya yang tiada pendirian dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Mahathir yang memperlekeh Abdul Hadi apabila menyifatkan Presiden Pas itu kurang karisma berbanding kepemimpinan terdahulu parti tersebut.
Bekas Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, PAS kini sebuah parti yang keliru di bawah pentadbiran Abdul Hadi berbanding ketika era Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, rakyat boleh menilai sendiri kenyataan Mahathir memandangkan bekas Perdana Menteri itu telah banyak melakukan kezaliman di zaman pemerintahannya.
“Terpulanglah pada dia (Mahathir) hendak kata apa. Apa yang penting kami tidak pernah melakukan kezaliman, penjarakan orang dan pelbagai lagi kezaliman,” katanya diketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tumpat hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, Mahathir sebenarnya yang keliru apabila sering kali keluar masuk parti lain.
Katanya, beliau juga hairan bagaimana Mahathir boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan semua rakyat tahu bahawa PAS adalah satu-satunya parti yang terus istiqamah dalam perjuangan sehingga hari ini.
“Lagipun, Mahathir tidak boleh membandingkan cara pentadbiran Abdul Hadi dengan Allahyarham Nik Abdul Aziz atau Fadzil Noor kerana mereka masing-masing mempunyai cara pentadbiran tersendiri.
“Apa yang penting, kesemua mereka mempunyai perjuangan yang sama, berpendirian teguh dan istiqamah dalam perjuangan Islam,” katanya.


Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri

Sekianlah artikel Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kutuk-hadi-pemimpin-pas-suruh-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kutuk Hadi... pemimpin PAS suruh Mahathir cermin diri"

Posting Komentar