Judul : Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam
link : Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam
Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam
Shawaliah HadirAhli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, penjawat awam yang ditangkap kerana rasuah hanyalah mangsa yang dijadikan kambing hitam
KUALA LUMPUR: Penjawat awam seringkali menjadi kambing hitam sedangkan pelaku rasuah yang sebenarnya bebas dan terlepas daripada dikenakan hukuman, kata ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad.
Sehubungan itu beliau berharap agar pelaku utama yang datangnya daripada golongan berpengaruh termasuk pemimpin dan ahli politik juga tidak akan terlepas daripada menerima hukuman yang setimpal.
“Saya lihat juga bagaimana baginda Yand di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menekankan juga soal rasuah yang kita anggap sudah sampai kepada barah dalam negara kita hari ini, bukan saja melibatkan kakitangan awam malahan ia juga perlu diberi penekanan terutama di kalangan pemimpin negara kerana kita pun rasa bimbang juga kerana apa yang berlaku ini kadang-kadang yang jadi kambing hitam ialah kalangan pegawai kerajaan semata-mata.
“Kita harapkan supaya benda ini bukan saja pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang berani dan selama ini terbukti dengan penangkapan di kalangan jerung besar yang terlibat dalam perkhidmatan awam, dan diharapkan selepas ini ada (penangkapan) juga melibatkan tokoh penjawat dalam politik, di kalangan yang berkuasa,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di istiadat pembukaan mesyuarat pertama Parlimen penggal kelima, berduka cita dengan perlakuan rasuah dan pembocoran maklumat yang tidak berkesudahan dan akhirnya menghakis kepercayaan rakyat.
Dalam pada itu Idris yang juga Naib Presiden PAS berharap agar pindaan Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) RUU355 dapat dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen kali ini.
“Kita harapkan dapat dibentang.. kita harapkan pihak kerajaan ada inisiatif, ada keberanian untuk membenarkan RUU ini dibentang kali ini,” ujar beliau
Presiden parti itu Abdul Hadi Awang pada November tahun yang lalu meminta penangguhan pembentangan RUU355 kepada tahun ini.
Beliau turut menjelaskan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak dapat mengahadiri sesi pembukaan sidang Parlimen hari ini disebabkan kurang sihat.
Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam
Sekianlah artikel Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pelaku-rasuah-terlepas-hukuman-penjawat.html
0 Response to "Pelaku rasuah terlepas hukuman, penjawat awam hanya kambing hitam"
Posting Komentar