Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor

Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor
link : Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor

Baca juga


Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan memohon untuk melanjutkan reman ke atas exco kerajaan negeri Datuk Abd Latiff Bandi, kata peguamnya, Abdul Rahim Ali.

Tahanan reman selama tujuh hari ke atas exco itu berkaitan dengan penyiasatan yang membabitkan penukaran status hartanah milik bumiputera dijadual tamat esok.

"Kita dapat maklumat bahawa reman mungkin dilanjutkan. Kita tidak boleh mengesahkan sama ada beliau akan dibebaskan, atau jika tahanannya itu akan dilanjutkan.

"Kita akan mengetahui keputusan pagi esok. Pegawai penyiasat mungkin akan mengesahkan (status Abdul Latiff ini) petang ini," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Bagi tindakan seterusnya, Abdul Rahim berkata perbincangan masih berjalan dengan keluarga exco.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balasdaripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengenai perkara itu.

SPRM menahan Abd Latiff pada 9 Mac lalu selepas menyoalnya di pejabat suruhanjaya itu di Johor Baru.
Suruhanjaya itu juga menyerbu rumahnya dan merampas RM42,000 dalam bentuk wang tunai, sebuah Toyota Vellfire dan 150 beg tangan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, SPRM menahan enam individu atas dakwaan rasuah melibatkan penukaran hak milik tanah bumiputera.

Antaranya, termasuk Abd Latif dan pegawai khas exco itu.

SPRM turut merampas 26 kenderaan mewah dan membekukan 45 akaun bank yang berkaitan dengan kes itu.



Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor

Sekianlah artikel Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/peguam-sprm-mungkin-lanjutkan-reman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam: SPRM mungkin lanjutkan reman exco Johor"

Posting Komentar