Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?

Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?
link : Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?

Baca juga


Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diingatkan supaya terus berhenti mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan mengenai kelemahan urus tadbir kerajaan negeri.

Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng, berkata Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP sepatutnya tampil untuk memberi penjelasan terhadap laporan atau dakwaan dibangkitkan pihak tertentu yang disiarkan dalam media dan bukannya menyaman mereka.

“Jangan gunakan ugutan undang-undang terhadap media yang melaporkan kelemahan anda. Kalau tidak betul, nafikanlah. Tetapi sekarang bila didedah tidak jawab, tetapi hendak ambil tindakan terhadap media dan dakwa apa yang dilaporkan tidak betul.

“Ini amalan tidak sihat dan harus dihentikan segera. Kalau tidak boleh jawab mengapa pilih cara ini (saman) untuk tutup mulut media. Ini tindakan untuk menakut-nakutkan media,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat GERAKAN di Jalan Pudu Ulu, pada Selasa.

Teck Meng berkata, beliau membangkitkan isu ini susulan tindakan Guan Eng menuntut sebuah akhbar berbahasa Inggeris supaya menarik balik laporan berita menerusi sidang akhbarnya pada Januari lalu berkenaan isu lebihan bajet kerajaan Pulau Pinang.

Dalam sidang media itu, beliau memetik laporan Ketua Audit Negara mengenai Pulau Pinang yang menjelaskan kerajaan negeri mencatatkan lebihan bajet kerana penjualan tanah dan aset negeri.

Katanya, Guan Eng beberapa hari kemudian hanya mengeluarkan kenyataan dengan menggelar dirinya sebagai ‘tidak pintar’, gagal memahami akaun dan Laporan Audit Negara mengenai Pulau Pinang.

Pada 16 Februari lalu, tanpa memberi sebarang jawapan, Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Teck Meng dan akhbar berbahasa Inggeris supaya menarik balik laporan berita mengenai sidang akhbarnya itu dengan mendakwa ia satu fitnah.

Susulan tindakan Guan Eng ini, Teck Meng berkata, GERAKAN akan menawarkan khidmat peguam untuk membantu mana-mana organisasi media yang menjadi mangsa ugutan undang-undang oleh DAP.

“GERAKAN sedia memberi bantuan khidmat guaman kepada organisasi media yang berdepan dengan saman daripada DAP kerana sejak beberapa tahun lalu DAP sering guna cara ini (saman media) sebagai jalan keluar untuk tidak menjawab persoalan dibangkitkan terhadap mereka.

“Saya ingin menghantar mesej kepada Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain bahawa bukan DAP sahaja mempunyai peguam, GERAKAN juga mempunyai banyak pemimpin serta ahli yang juga peguam,” katanya.


Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?

Sekianlah artikel Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kalau-tak-betul-nafikan-tak-perlu-ugut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalau tak betul nafikan, tak perlu ugut nak saman media...Apa Terjadi Jika DAP Memerintah Malaysia..?"

Posting Komentar