NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !

NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !
link : NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !

Baca juga


NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !


KUALA LIPIS: Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) menggesa kerajaan negeri dan jabatan berkaitan menyiasat aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Dara Hulu Terenggun, di sini.

Presiden Penajanya, Khaidir Ahmad (foto) berkata, dalam tinjauan dilakukan pihaknya beberapa hari lalu beberapa tempat di kawasan hutan simpan itu didapati digondolkan selain terdapat longgokan kayu balak ditebang.

Menurutnya, aktiviti pembalakan itu menyebabkan hutan simpan yang terletak di pinggir bandar Lipis itu semakin terjejas serta merosakkan keindahan alam semula jadi.

“Kita kecewa dengan aktiviti pembalakan yang berlaku sejak setahun lalu di kawasan hutan dara terbabit dan mahu kerajaan negeri menyiasat aktiviti itu.

“Walaupun sebelum ini kerajaan negeri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di hutan simpan tersebut serta mengesahkan kebenaran hanya diberikan untuk kerja-kerja mengeluarkan balak bagi pembinaan jalan, namun kita mahu alasan lebih konkrit diberikan.

“Rakyat melihat dan bijak menilai aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan mereka jadi kita mahu kerajaan negeri berterus terang dengan isu membabitkan hutan di Terenggun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini semalam.

Khaidir berkata, pihaknya bimbang jika aktiviti pembalakan itu tidak dibendung, ia boleh membawa kemusnahan yang lebih serius terhadap alam sekitar selain mengakibatkan kejadian hakisan serta banjir.

Menurutnya, pihak Alam juga difahamkan hutan simpan terbabit berdekatan dengan kawasan tambahan projek perlombongan emas dan tidak mustahil usaha mencari gali mineral berharga itu dilakukan di kawasan tersebut jika tidak dibendung lebih awal.

“Hutan Simpanan Dara Hulu Terenggun seharusnya dipelihara kerana ia terletak berhampiran dengan sebuah IPTA dan boleh dijadikan tempat untuk penyelidikan.

“Justeru, kita berharap kerajaan negeri cakna dengan masalah pembalakan dan mengekang aktiviti berkenaan daripada terus berleluasa,” katanya. #sumber


NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !

Sekianlah artikel NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/ngo-gesa-siasat-aktiviti-gondol-hutan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Gesa "Siasat" Aktiviti Gondol Hutan Simpanan Hulu Terenggun !"

Posting Komentar