Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah

Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah
link : Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah

Baca juga


Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah

SANDAKAN: Perdana Menteri hari ini mendedahkan seorang bekas Menteri Persekutuan yang kini Presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu.
“Bagi saya, cita-cita peribadi tidak boleh mengatasi perjuangan untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi di sini, hari ini.
Najib berkata mana boleh sebuah parti politik ditubuhkan atas cita-cita peribadi, dan parti seperti itu tidak akan bertahan lama.
Walau pun tidak menamakan pemimpin terbabit, Najib jelas merujuk kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga ahli Parlimen Semporna dan Presiden Parti Warisan Sabah.
Najib berkata penubuhan sesebuah parti politik dibuat atas perjuangan murni, suci serta penuh idealisme, misalnya penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, UMNO dan BN ditubuhkan untuk membawa rakyat Malaysia lebih berjaya dan maju.
“Ini parti politik, ini perjuangan, institusi yang mesti dijaga. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi BN mesti kekal terus memerintah di bumi Malaysia yang bertuah ini.
“Perjuangan kita sambung menyambung daripada satu pemimpin kepada pemimpin yang lain dan sebab itu Malaysia berjaya,” katanya.
Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang kelak akan merugikan mereka.
Beliau berkata pembangkang tidak mementingkan sama ada perkara dibangkitkan mereka itu benar atau palsu.
“Mereka tak kisah sebab itu bukan objektif mereka. Objektif mereka iaitu untuk menghasut rakyat dan kalau tidak dapat menghasut rakyat, mereka mengelirukan rakyat.
“Ini matlamat pembangkang, saya pernah bercakap dengan mereka. Menurut mereka itu memang tugas sebagai pembangkang bukan pentingkan sesuatu benar atau tidak tetapi asalkan rakyat kurang kepercayaan kepada kerajaan, objektif tercapai,” katanya. #sumber


Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah

Sekianlah artikel Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/najib-dakwa-ada-bekas-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Dakwa Ada "Bekas" Menteri Persekutuan "Pernah Minta" Jadi KM Sabah"

Posting Komentar