Judul : Nazri tunggu Tun M di MRSM
link : Nazri tunggu Tun M di MRSM
Nazri tunggu Tun M di MRSM
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz tetap hadir ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar hari ini untuk menunggu ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu tiba pada kira-kira jam 1.00 petang tadi dengan diiringi hampir 50 penyokong.
Memetik laporan Utusan Online, Nazri berkata beliau tetap datang ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan Mahathir yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat permit polis.
"Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang," katanya.
Terdahulu, debat yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang hari ini terpaksa dibatalkan berikutan tidak mendapat permit polis.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan menganjurkan debat itu ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Debat tersebut ditunda ke 7 April, jam 9.30 malam di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Antara topik perdebatan termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) dan skandal BMF yangberlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Nazri tunggu Tun M di MRSM
Sekianlah artikel Nazri tunggu Tun M di MRSM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nazri tunggu Tun M di MRSM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/nazri-tunggu-tun-m-di-mrsm.html
0 Response to "Nazri tunggu Tun M di MRSM"
Posting Komentar