Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry

Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry
link : Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry

Baca juga


Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menangkis desas-desus kononnya bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Menegaskan ia hanyalah spekulasi semata-mata, Menteri Besar Perak itu berkata isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bertujuan untuk mengambil kesempatan di atas kedudukan Ahmad Husni yang tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan parti.
 
"Saya anggap golongan (pembangkang) cuba menangguk di air yang keruh dengan sengaja mengada-adakan cerita seperti itu...biasalah pembangkang.
 
"Tetapi, mengenali Datuk Seri Husni, ia tidak datang daripada mulut sumber,  saya menganggap isu ini hanya spekulasi kerana saya tidak fikir dia akan berbuat demikian," katanya.
 
Zambry berkata kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa Umno Bahagian Tambun di sini hari ini.
 
Ahmad Husni, yang juga Ahli Parlimen Tambun meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun tahun lalu sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.
 
Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.
 
Jawatan Ketua Umno Bahagian Tambun kini dipangku oleh timbalannya Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang juga ADUN Hulu Kinta.
 
Dalam pada itu, Zambry yakin kerusi Parlimen Tambun terus kekal milik Barisan Nasional (BN) berdasarkan gerak kerja yang tersusun dan perpaduan kukuh di peringkat bahagian.
 
"Secara keseluruhannya, tidak ada masalah besar melibatkan Umno Bahagian Tambun dan saya difahamkan hubungan mereka dengan Anggota Parlimen itu juga berjalan seperti biasa dan tidak ada masalah.
 
"Saya yakin dengan kesepaduan yang ditunjukkan oleh anggota parti, kerusi Parlimen Tambun akan terus kekal menjadi milik BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry

Sekianlah artikel Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dakwaan-ahmad-husni-tanding-calon-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Ahmad Husni tanding calon Bebas hanya 'cerita' pembangkang - Zambry"

Posting Komentar