Judul : LZS agih RM697.5 juta pada 2016
link : LZS agih RM697.5 juta pada 2016
LZS agih RM697.5 juta pada 2016
OLEH LIZAWATI MADFASHAH ALAM,: Sejumlah RM673.7 juta bayaran zakat berjaya dikutip menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2016, umum Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.
Beliau berkata, LZS turut mengagihkan RM697.5 juta dalam tempoh sama berbanding RM676 juta, pada 2015.
Katanya, ia meningkat 3.2 peratus bersamaan RM21.4 juta, berbanding tahun sebelumnya.
“Peningkatan ini didorong inisiatif LZS, pada 2016 yang mengemas kini bantuan zakat mengikut keutamaan berdasarkan Maqasid Syariah.
“Pendekatan agihan zakat ini adalah menyenaraikan bantuan zakat mengikut keperluan Dharuriyat (Bantuan Utama), Hajiyyat (Bantuan Sekunder) dan Tahsiniyat (Bantuan Pilihan),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat LZS di sini, hari ini, yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.
Terdapat lapan kumpulan asnaf zakat iaitu asnaf fakir, miskin, amil, muallaf, fisabilillah, gharimin, ibnu sabil dan riqab.
Pada 2016, kumpulan asnaf miskin menerima agihan tertinggi iaitu RM200.5 juta, manakala asnaf Fakir menerima RM98.2 juta.
Sementara itu, amil menerima RM84.2 juta, muallaf (RM60.9 juta), fisabilillah (RM150.2 juta), gharimin (RM72.9 juta), ibnu sabil (RM206,000) dan riqab (RM30.4 juta).-AA-
LZS agih RM697.5 juta pada 2016
Sekianlah artikel LZS agih RM697.5 juta pada 2016 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca LZS agih RM697.5 juta pada 2016 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/lzs-agih-rm6975-juta-pada-2016.html
0 Response to "LZS agih RM697.5 juta pada 2016"
Posting Komentar