Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh

Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh
link : Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh

Baca juga


Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh

Oleh Nadia Hanafi


PUTRAJAYA: Keputusan rayuan Akta Hasutan aktivis mahasiswa, Adam Adli yang dijadualkan hari ini ditangguh kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Penangguhan itu disebabkan pihak Timbalan Pendakwaraya, Faiza Mohd Salleh mengemukakan bantahannya menolak panel hakim Datuk Wira Mohtarudin untuk mengendalikan kes ini dengan alasan hakim tersebut terlibat dengan pembebasan aktivis Safwan Anang dalam kes sama.

Peguam mewakili Adam, Latheefa Koya berkata, tindakan pihak pendakwa itu tidak wajar.

adam

“Kami agak terkilan. Kalau ada bantahan terhadap panel, sepatutnya ia dibawa pagi tadi,” kata Latheefa ketika ditemui di ruang legar Istana Kehakiman Putrajaya.

Ekoran itu, Wira yang juga Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri dari kes tersebut.

“Anda telah meletakkan situasi saya dalam keadaan janggal, kalau anda rasa saya mungkin akan berat sebelah, saya tarik diri,” kata Wira selepas bantahan dari pihak Timbalan Pendakwaraya.

Aktivis pelajar berusia 28 tahun itu didakwa pada 23 Mei 2013 atas tuduhan menggesa kerajaan yang dipilih dijatuhkan, dalam satu forum pada 13 Mei tahun yang sama.

Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Adam gagal mengetepikan sabitan hasutan pada Februari tahun lalu, tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan beliau hanya perlu membayar RM5,000 denda berbanding setahun penjara



Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh

Sekianlah artikel Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/hakim-rayuan-kes-adam-adli-tarik-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hakim Rayuan kes Adam Adli tarik diri, keputusan ditangguh"

Posting Komentar