Judul : Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru'
link : Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru'
Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru'
KUALA LUMPUR: Kelibat Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol masih tidak kelihatan di bangunan kedutaan yang terletak di Bukit Damansara di sini, pagi Isnin walaupun tempoh untuk beliau meninggalkan negara ini berbaki kurang 12 jam.
Hanya sebuah kenderaan hitam yang dipandu seorang lelaki dilihat memasuki bangunan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.
Lelaki berkenaan membawa bersama seorang wanita yang duduk di tempat duduk belakang.
Identiti kedua-duanya tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun tingkap kereta tidak dibuka walaupun pihak media mendekati kereta jenis Mercedes ini bagi mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini tentang Kang Chol.
Sementara itu, kawasan kedutaan masih menjadi tumpuan pihak media tempatan dan antarabangsa yang 'berkampung' di sini sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan kali terakhir Kang Chol dilihat di bangunan kedutaan adalah pada Jumaat kira-kira pukul 10 malam.
Pada petang Ahad, perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar dari kedutaan.
Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara pada Sabtu mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang hari yang sama.
Ini bermakna tempoh yang diberikan untuk Kang Chol meninggalkan Malaysia akan tamat pada 6 petang ini.
Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru'
Sekianlah artikel Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tempoh-48-jam-berakhir-petang-ini-duta.html
0 Response to "Tempoh '48 Jam' Berakhir Petang Ini, Duta Korea Utara Kang Chol Terus 'DiBuru'"
Posting Komentar