Judul : Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
link : Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara. Jabatan Penerangan mengesahkan pembekuan cuti persendirian atau urusan peribadi ke luar negara membabitkan kakitangan jabatan itu mulai 1 Mei ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman bagaimanapun berkata pembekuan itu hanya melibatkan kakitangan jabatan itu yang memohon kebenaran untuk lawatan tidak rasmi ke luar negara.
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara. Pekeliling itu juga dikeluarkan untuk kakitangan Jabatan Penerangan dan bukan semua kakitangan kerajaan, katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook jabatan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan ramai membuat spekulasi pilihan raya umum semakin dekat apabila surat pekeliling bertarikh 28 Februari 2017 itu menjadi viral baru-baru ini.
Surat pekeliling itu memaklumkan bahawa permohonan ke luar negara atas urusan tidak rasmi dan persendirian akan dibekukan memandangkan jabatan itu perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
Individu mengerjakan haji tidak terjejas
Ibrahim berkata, surat pekeliling itu dikeluarkan kerana terdapat anggota jabatan yang menempah tiket kapal terbang setahun lebih awal daripada tarikh penerbangan bagi mendapatkan tambang murah.
"Bagaimanapun, apabila cuti tidak diluluskan, mereka merayu dengan memberi alasan bahawa tiket sudah ditempah dan tidak boleh ditunda tarikhnya.
"Atas kesibukan tugas dan banyaknya program rasmi jabatan dan kerajaan, maka surat pekeliling membekukan cuti persendirian ke luar negara dikeluarkan khas untuk anggota Jabatan Penerangan saja," katanya.
Pembekuan itu katanya bagaimanapun tidak menjejaskan individu yang mengerjakan haji atau dalam kes-kes tertentu.
"Selain itu, pembekuan ini tidak membabitkan mereka yang mendapat tawaran menunaikan haji atau umrah.
"Keperluan ke luar negara tertentu masih boleh dipertimbangkan mengikut merit permohonan mereka, contohnya kematian keluarga terdekat di luar negara," katanya.
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
Ibrahim berkata menjadi tanggungjawab jabatan itu untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Selain itu, adalah tanggungjawab hakiki jabatan ini untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan yang juga dibuat secara berterusan," katanya. - mk
Iklan
Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara
Sekianlah artikel Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/jabatan-penerangan-beku-perjalanan-luar.html
0 Response to "Jabatan Penerangan Beku Perjalanan Luar Negara"
Posting Komentar