Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama

Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama
link : Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama

Baca juga


Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama

GEORGE TOWN: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh mempengerusikan badan membuat keputusan semasa perbicaraannya berlangsung di mahkamah.
Adun Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu berkata ia bagi memastikan kesucian badan perundangan negeri dapat dikekalkan.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi jemaah exco meletakkan kepentingan awam dahulu terutama apabila pemimpinnya berhadapan dengan kontroversi.
Beliau berkata ini penting bagi tadbir urus yang baik sebagaimana dilaungkan kerajaannya untuk memastikan “kewibawaan” (kredibiliti) DUN terus kukuh.
“Jika (bercuti) menjadi ubat yang pahit untuk ditelan, maka saya cadangkan kita mengambil pendekatan yang lebih progresif.
“Bagi menegakkan keadilan, pemimpin tersebut hendaklah dinasihatkan Dewan agar tidak mempengerusikan Lembaga Perancang Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah Negeri buat sementara waktu sehingga satu keputusan dicapai oleh mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017.
Fungsi SPC sebagai pengatur semua kerja-kerja pembangunan di negeri ini, seperti diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Teh terkenal dengan pandangan tidak kepartian dan sebelum ini meminta jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal bagi mencegah penyalahgunaan dan rasuah.
Sementara itu, Teh berkata DUN akan terus berada dalam “suasana krisis” apabila badan kehakiman menyiasat cawangan eksekutif kepada beberapa tuduhan.
“Sistem kita dimodelkan mengikut Parlimen Westminster, di mana pengasingan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman dilaksanakan.
“Sekarang, kita berhadapan dengan krisis melalui saman terhadap eksekutif kami. Saya rasa ia adalah patut dan adil kita meneliti ‘tatakelola’ (tadbir urus) eksekutif dalam persidangan ini,” katanya.
Pada 30 Jun, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan kediaman semasa mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.
Lim juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, di bawah nilai pasaran hartanah sebanyak RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan berkata ia adalah rancangan jahat BN untuk membunuh kerjaya politiknya. #sumber


Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama

Sekianlah artikel Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/adun-dap-tanjong-bungah-gesa-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adun DAP Tanjong Bungah Gesa Guan Eng Lepas Jawatan Utama"

Posting Komentar