Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR

Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR
link : Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR

Baca juga


Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR

PAS kawasan Marang yakni kubu kuat Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang adalah satu antara empat kawasan PAS di negeri Terengganu yang sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik  dengan PKR dalam mesyuarat tahun .
 
Tiga lagi ialah PAS kawasan  Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
 
Haji Hadi ialah Ahli Parlimen kawasan Marang dan markas beliau di Rhu Rendang terletak dalam kawasan  berkenaan.
 
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat memberitahu wartawan di Kuala Terengganu Selasa 
 
"Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura.
 
"Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan... seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan," katanya.
 
Ditanya mengenai keputusan empat lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu tahaluf siyasi dengan PKR kembali hangat diperkatakan.
 
Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS pada muktamar tahun lalu.
 
"Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut," katanya.
 
Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya Majlis Syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.
 
"Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan," katanya.
 
Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.


Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR

Sekianlah artikel Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/habis-lah-pas-marang-kawasan-haji-hadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Habis Lah ......PAS Marang kawasan Haji Hadi lulus usul putus hubungan dengan PKR"

Posting Komentar