Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya

Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya
link : Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya

Baca juga


Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri supaya memperakui Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili Presiden Umno itu dalam debat bersama Tun Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

Menurutnya,Datuk Seri Mohd Najib Razak mesti berlapang dada dan tidak sesekali melarang Nazri untuk membuktikan keberaniannya berdepan dengan bekas Perdana Menteri selama 21 tahun itu.

Menyifatkan Najib sebagai pengecut untuk berdebat dengan Mahathir dan Anwar sebelum ini, Mahfuz berkata, debat itu bakal menjadi budaya baru politik Malaysia antara kerajaan dan pembangkang.

"Debat Tun M - Datuk Nazri Aziz amat dinanti oleh rakyat Malaysia kerana ianya peluang kepada rakyat untuk menilai fakta. Keberanian Datuk Nazri Aziz tidak ada pada PM (Perdana Menteri) Najib, pimpinan Umno dan anggota kerajaan yang lain.

"Saya menyokong kesudian Nazri Aziz berdebat dengan Tun M mengenai skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) RM2.6 bilion dalam akaun tuannya (Najib Razak)," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mahfuz mengucapkan tahniah kepada Nazri yang bersedia untuk membela maruah Najib yang imejnya tercalar akibat pelbagai skandal pada masa ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan Nazri adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang dilantik oleh Najib dan beliau merupakan menteri kanan dalam kabinet.

"Bagaimana Umno dan kerajaan mahu menjarakkan diri dari Datuk Nazri Aziz dengan hujah yang mendakwa Datuk Nazri Aziz tidak mewakili Umno dan kerajaan Barisan Nasional kecuali jika PM Najib memecat beliau sebagai ahli Umno dan menamatkan jawatan beliau sebagai Menteri," jelasnya.

Menurutnya, Nazri yang menyahut cabaran berdebat dengan Mahathir telah menyatakan kerana mahu membela Najib,Umno dan kerajaan.

"Maka, apa saja soalan yang dijawab Nazri, ia adalah bagi pihak Umno dan kerajaan serta tetap akan membayangkan pendirian kerajaan dalam isu 1MDB," tegas Mahfuz lagi.

Debat Mahathir dan Nazri anjuran akhbar Sinar Harian itu dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini pukul 3 petang di Padang Rengas, Perak yang merupakan kawasan Parlimen diwakili Nazri.

Nazri pernah mencabar Mahathir supaya bertanding menentangnya di Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kesediaan Nazri untuk berdebat dilihat bercanggah dengan sikap Najib yang pernah dikatakan melarikan diri dalam forum 'Nothing To Hide' bersama NGO pada Jun 2015 lalu apabila mengetahui Mahathir menanti kedatangannya.

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi menyebut program di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan ketika konfrontasi terbuka antara Mahathir dan Najib berlaku dengan masing-masing berbalas kenyataan melalui blog.



Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya

Sekianlah artikel Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/debat-tun-m-nazri-cabar-najib-perakui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Debat Tun M-Nazri: Cabar Najib perakui Nazri wakilinya"

Posting Komentar