Judul : Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah
link : Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah
Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah
BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang didakwa memandu arah bertentangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Permatang Pauh hingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa kerana penyalahgunaan dadah.
Ng Pei Ven, 19, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengambil amphetamin di mahkamah majistret di sini, Jumaat.
Model sambilan itu didapati positif dadah ketika menjalani ujian di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai kira-kira pukul 5 petang, Selasa.
Kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang juga boleh dibacakan bersama Seksyen 15(1) akta sama dan jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Asisten Superitendan Md Azman Kadir bertindak bagi pihak pendakwaan kes itu.
Pei Ven juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.
Pada pagi Selasa, Pei Ven didakwa memandu kereta pada arah bertentangan trafik di lebuh raya sebelum bertembung dengan empat kenderaan di KM134.
Seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar kereta yang dipandu Pei Ven, manakala dua kereta dan sebuah van juga rosak akibat kemalangan itu. #sumber
Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah
Sekianlah artikel Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/remaja-pandu-kereta-lawan-arus-mengaku.html
0 Response to "Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Mengaku "Tidak Bersalah" Ambil Dadah"
Posting Komentar