MP Pas sokong projek ECRL

MP Pas sokong projek ECRL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP Pas sokong projek ECRL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP Pas sokong projek ECRL
link : MP Pas sokong projek ECRL

Baca juga


MP Pas sokong projek ECRL

BERNAMA
 
 
Dr Nik Mazian Nik MohamadDr Nik Mazian Nik Mohamad

Seorang anggota Parlimen pembangkang semalam merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas perancangan membina Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) berkata pelaksanaan projek pengangkutan awam berkenaan diyakini dapat membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan.

"Antara cara mengurangkan kos hidup rakyat ialah dengan menyediakan lebih banyak pengangkutan awam.
"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang merancang rel-rel yang sesuai seperti MRT, LRT, dan baru-baru ini ECRL. Saya amat menyokong projek ini.

"Ia akan banyak membantu rakyat," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Nik Mazian berkata penyediaan lebih banyak pengangkutan awam oleh kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan bahan api untuk kenderaan oleh rakyat terutama yang kurang berkemampuan.

"Rakyat tak payah beli kenderaan, kos minyak juga boleh dijimatkan, kurang sesak. Ini banyak selesaikan masalah rakyat miskin," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer bernilai RM55 bilion sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Projek itu dijadual bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang sebelum ini membuat 'serangan' terhadap projek berkenaan antaranya Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada Pas yang mendakwa kos projek berkenaan terlalu tinggi.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan.



MP Pas sokong projek ECRL

Sekianlah artikel MP Pas sokong projek ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MP Pas sokong projek ECRL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/mp-pas-sokong-projek-ecrl.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MP Pas sokong projek ECRL"

Posting Komentar