Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini

Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini
link : Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini

Baca juga


Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini



DETIK DAILY

 

KUALA TERENGGANU: Sebuah bas jenis 'Amphicoach' yang dibeli Kerajaan Negeri Terengganu bagi merancakkan industri pelancongan di negeri ini dijangka tiba pertengahan tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dua bas jenis itu telah 'hilang'.

"Adalah dimaklumkan, kelewatan menerima bas itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu Amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.

Tuduhan konon dua buah bas berkenaan hilang juga tidak benar memandangkan kerajaan negeri hanya membeli sebuah sahaja bas berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Nawawi berkata satu ujian telah dilakukan terhadap bas dua alam itu dan mendapati ia tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

"Selepas ujian dilakukan terhadap bas berkenan pasukan jurutera yang terlibat telah berjaya mengesan kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada 'Wheel & Water Jets' yang berpunca dari peningkatan kuasa enjin.

Ekoran itu, kerajaan negeri telah meminta penghantaran kenderaan tersebut ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan supaya kerajaan dapat menerima sesuai dengan terma-terma perjanjian yang telah ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Nawawi berkata kelewatan yang berlaku juga adalah disebabkan masalah transit dan juga masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.

"Malah, pengujian dan persijilan oleh pihak ketiga di Malta juga sukar dijadualkan dan boleh ditunda pada saat akhir mengikut perubahan cuaca ketika pengujian dalam air dijalankan.

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang bas itu kerana kenderaan tersebut dijangka tiba ke Terengganu pada pertengahan tahun ini jika memenuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan," katanya. Hari ini, tiga wakil rakyat pembangkang, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ADUN Bandar, Azan Ismail dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan polis agar menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang. -- BERNAMA 
 
 


Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini

Sekianlah artikel Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/bas-ampicoach-kerajaan-terengganu-tiba.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bas 'Ampicoach' Kerajaan Terengganu tiba pertengahan tahun ini"

Posting Komentar