Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah

Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah
link : Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah

Baca juga


Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah

 
Oleh Lu Wei Hoong    

Siasatan kes rasuah yang membabitkan pertukaran status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera di Johor, baru-baru ini dikatakan bakal menjadi pembuka tirai dalam perbalahan beberapa pihak dalam Umno, dakwa pembangkang.

Namun ini disangkal oleh beberapa pemimpin akar-umbi Umno Johor.

Menurut Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Pua, exco kerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi, yang anak dan pegawai khasnya ditangkap berhubung siasatan itu, adalah rapat dengan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.



Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menggunakan kes berkenaan untuk menukar Khaled, menteri besar yang telah berkhidmat selama sepenggal.

"Saya fikir pertarungan antara kepimpinan Umno dan Umno Johor akan berlaku.

“Semua orang tahu bahawa Khaled ada dua orang kanan dalam kabinet, dan Abdul Latif adalah salah seorang daripadanya," katanya kepada Malaysiakini.

Pembangkang mendakwa hubungan Khaled dan Najib tidak seakrab seperti yang sepatutnya sejak menteri besar itu gagal hadir memberikan sokongan kepada perdana menteri berhubung kes 1MDB.

Menjadi mangsa

Turut bersetuju dengan perkembangan semasa itu adalah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub (bawah, kiri), yang berasal dari Johor.

"Saya tidak tolak bahawa siasatan rasuah itu mungkin membawa kepada perebutan kuasa antara kepimpinan Umno pusat dan Umno Johor."

"Khaled dan rakyat Johor akan menjadi mangsa jika ini menjadi kenyataan," katanya.

Sebaliknya, Setiausaha Publisiti DAP Johor Wong Shu Qi membuat spekulasi bahawa Khaled mungkin terpaksa mencari ‘kambing hitam’ bagi mengekalkan cengkaman kuasanya.



"Khaled banyak berusaha menaikkan imejnya. Beliau tidak akan membiarkan Abd Latif merosakkan segala-galanya," kata Wong yang juga adalah ADUN Senai.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap menafikan segala desas-desus kononnya bakal berlaku perbalahan dalam Umno Johor.

"Pembangkang dah tak ada isu di Johor. Kerajaan Johor (bukan) disukai rakyat (sahaja) malah Raja (juga).

Pemimpin Umno itu seterusnya mencabar pembangkang untuk medesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang bakal dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah, untuk mencontohi tindakan Abd Latifi.

"Saya nak sarankan Jimmy Pua nasihatkan Guan Eng belajar (dari) exco itu. Bukan dia, tapi anak dia terpalit (tapi Abd Latif) yang berehat. DAP perlu belajar (daripadanya)"

"Ketandusan idea oleh pembangkang dan mereka sengaja mengapi-apikan isu sedangkan perkara itu tak berlaku... kes (Abd Latif) itu rehat bukan letak jawatan," katanya.

Turut menyangkal spekulasi pembangkang itu, adalah setiausaha akhbar Khaled, Mohd Asri Kalbi.

Beliau ketika dihubungi merujuk kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini supaya tidak mencampuri urusan pihak lain.

Mohd Asri enggan mengulas lanjut.

Minat media arus perdana

Khaled adalah sebahagian anggota jemaah kabinet persekutuan Najib di Putrajaya, sebelum tahun 2013.
Sejak dilantik sebagai menteri besar Johor, hubungannya dengan pihak istana semakin rapat, malah baginda turut memujinya dalam beberapa majlis.

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sebagai timbalan perdana menteri, Khaled secara terbuka menunjukkan nada bersimpati.

Ketika itu, beliau juga menggesa ahli Umno untuk bersuara menentang rasuah, yang dilihat sebagai ‘bidasan berlapik’ berhubung kontroversi 1MDB.


Khaled bagaimanapun akhirnya memutuskan hubungan dengan Muhyiddin, selepas bekas timbalan presiden Umno itu mengeluarkan beberapa kenytaan yang tidak memihak parti memerintah.

Jumaat lalu, SPRM merampas 21 kereta mewah, lima buah motosikal berkuasa tinggi dan wang tunai RM500,000.

Selain anak Abd Latif anak dan pegawai khasnya, seorang peguam dan dua pemaju hartanah juga ditangkap.

Beberapa pertubuhan media berkaitan BN juga dilaporkan menunjukkan minat luar biasa dalam kes itu, dan ini juga mencetuskan spekulasi.

The New Straits Times memetik sumber yang mendakwa Sultan Ibrahim berang berhubung perkara itu, manakala The Star melaporkan mengenai hubungan anak exco itu dan pegawai khas Abd Latif.



Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah

Sekianlah artikel Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pembangkang-umno-bakal-berbalah-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pembangkang: Umno bakal berbalah kerana kes rasuah"

Posting Komentar