Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut

Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut
link : Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut

Baca juga


Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menjangkakan tempoh moratorium bauksit akan diteruskan sehingga Jun depan memandangkan masih ada beberapa keadaan belum memuaskan hati, selain bimbang tidak mampu mengawal kesan bakal dihadapi kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan perlu mengambil kira soal kebajikan rakyat dan juga persekitaran yang mungkin terjejas seperti sebelum moratorium di laksanakan.

Menurutnya, kesan perlombongan bauksit cukup membuatkan semua pihak terkesan sehingga menimbulkan pelbagai isu.

“Kerajaan akan menilai semua aspek sebelum membuat keputusan akhir berhubung perkara itu.

“Buat masa ini, kita tunggu dan lihat langkah yang boleh diambil untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Pahang, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Tempoh moratorium akan tamat pada 31 Mac ini selepas disambung sejak ia berkuat kuasa Januari tahun lalu.

Sementara itu, Adnan berkata, dakwaan mengenai penerokaan haram di Tasik Chini adalah tidak benar.

Beliau berkata, proses pemuliharaan Tasik Chini adalah dilaksanakan dalam jangka masa panjang dan memerlukan perhatian sewajarnya.

“Ia adalah projek ladang yang sudah lama diluluskan kerajaan untuk agensi-agensi terbabit.

“Pada tahun lepas, saya dimaklumkan kualiti air di tasik berkenaan sudah mencapai tahap dua berbanding empat sebelum itu,” katanya. #sumber


Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut

Sekianlah artikel Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/adnan-kerajaan-negeri-pahang-jangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut"

Posting Komentar