Judul : Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak !
link : Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak !
Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak !
KUANTAN: Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji hari ini membidas sikap sambil lewa kerajaan memantau tahap keselamatan di bekas tapak lombong bauksit negeri ini sehingga mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak.
Menurutnya, kejadian malang itu dapat dielakkan sekiranya aspek keselamatan seperti pemasangan papan tanda dan pagar di lokasi berkenaan diberi perhatian, selain saluran perparitan yang sempurna bagi mengurangkan risiko apabila banjir besar berlaku.
“Sepatutnya peristiwa kematian seorang guru akibat daripada kerja-kerja bauksit ini telah menjadi pengajaran apabila tayar lori yang terlibat dengan aktiviti bauksit tercabut serta menghempap cermin kereta guru terbabit.
“Sepatutnya bermula daripada peristiwa ini satu langkah keselamatan menyeluruh perlu di fikirkan bagi menjaga keselamatan orang awam,” katanya yang juga Adun Mentakab kepada Roketkini.
Kerajaan negeri, katanya, dilihat seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil tindakan drastik bagi memperbetulkan kesilapan lalu dan membiarkan kejadian meragut nyawa berulang kembali.
“Walaupun tugas pemantau ini di serahkan kepada kerajaan pusat, tapi pihak kerajaan negeri sepatutnya lebih peka lagi tentang keselamatan orang awam.
“Sudahlah hasil daripada bauksit itu tak seberapa tapi risiko atau kesan buruknya lebih menyerlah,” tegasnya.
Sabtu lalu, media digemparkan dengan kejadian tiga orang kanak-kanak lemas di dalam sebuah kolam takungan bekas perlombingan bauksit di Taman Sungkai Karang Jaya, dekat sini.
Mangsa, Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya, Mahathir Mohamad, 7, serta Nureen Ain Juwita Mohd. Sharif, 10, ditemukan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 hari yang sama.
Tengku Zul yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang sempat melawat tapak kejadian bersama-sama salah seorang bapa mangsa dan rombongan media. #sumber
Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak !
Sekianlah artikel Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/zulpuri-jangan-tunggu-tragedi-lombong.html
0 Response to "Zulpuri: Jangan Tunggu Tragedi Lombong Bauksit Baru Nak Bertindak !"
Posting Komentar