Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat

Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat
link : Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat

Baca juga


Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dakwaan mengenai menteri kanan meletak jawatan hanya satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor.
“Saya ingin mengesahkan tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, meletak jawatan,” katanya di sini hari ini.
Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di sini malam tadi sebelum menteri luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas kapasitinya selaku menteri.
“Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba membohongi rakyat melalui berita yang tidak benar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.
Zahid berkata malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program Umno Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.
Katanya, beliau juga menjangkakan lebih banyak pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.
Semalam, Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan meletak jawatan.
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu selain meminta Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan. #sumber


Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat

Sekianlah artikel Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/zahid-hamidi-anifah-tidak-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid Hamidi: Anifah Tidak Letak Jawatan, Azmin Ali Cuba Bohongi Rakyat"

Posting Komentar