Judul : Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 !
link : Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 !
Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 !
SHAH ALAM: Menyedari semakin ditolak rakyat, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai helah atau penipuan bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismai (foto) berkata, selain memindahkan pengundi dengan sewenang-wenangnya, kemasukan jari palsu yang ditempah khas daripada China juga menimbulkan tanda tanya.
“Jangan ambil remeh, kalau nak menang kita kena bantu untuk memastikan tiada penipuan yang ada. Baru-baru ini kita tak pasti, kita dapati ada jari-jari palsu yang dijual atau diimport atau ditempah dari China.
“Apa tujuannya? Apakah anda menafikan perkara itu tak mungkin berlaku? kemungkinan ini berlaku, sebab kemasukkan mereka ini pekerja asing untuk bekerja tetapi sekarang mereka juga ada kad pengenalan diberikan yang mungkin jadi penambah undi untuk BN,” katanya.
Rodziah berkata demikian pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, di sini, malam tadi.
Jelasnya, orang ramai juga perlu membantu Pakatan dan PPBM untuk memastikan daftar pemilih bersih daripada sebarang penipuan dengan tampil melaporkan kepada Pakatan.
“Umno-BN ini dah tenat. Orang yang dah tenat seperti ini boleh selamat dengan menipu sahaja.
“Kalau dia menipu, dia menang, bukan sahaja kita tak redha tetapi salah kita kerana kita tak bantu pemimpin memastikan kebersihan di dalam daftar pemilih dilaksanakan,” katanya. #sumber
Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 !
Sekianlah artikel Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/rodziah-ada-pihak-bawa-masuk-jari-palsu.html
0 Response to "Rodziah: Ada Pihak Bawa Masuk "Jari Palsu" Dari China Untuk PRU-14 !"
Posting Komentar