Judul : Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 !
link : Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 !
Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 !
SHAH ALAM: Pembangkang berikrar berusaha membawa balik dana RM2.6 bilion ke Malaysia sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti untuk rakyat.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata usaha itu boleh dijayakan dengan adanya kepakaran dan pengalaman dimiliki pemimpin pembangkang.
“Orang waras sedar RM2.6 bilion datang daripada 1MDB dan bukannya derma putera Arab, siasatan pihak berkuasa negara luar juga sahkan wang itu daripada 1MDB.
“Pihak berkuasa luar negara dah siasat dan rampas aset hasil penggubahan wang haram 1MDB tetapi di Malaysia kata Peguam Negara tidak ada kes,” kata Mukhriz pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, di sini, malam tadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Saifuddin Nasution pula berkata sebelum ini kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat skandal 1MDB.
Bagaimanapun katanya, siasatan itu dihentikan apabila anggota pasukan terbabit diberhentikan atau dipindahkan ke jabatan lain untuk menyelamatkan Najib.
“Anggota pasukan terbabit diberhentikan dan Peguam Negara pada masa itu ‘dipaksa sakit’ untuk bersara awal dan sekaligus menjejaskan perjalanan siasatan kes itu,” katanya. #sumber
Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 !
Sekianlah artikel Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pembangkang-berikrar-bawa-balik-rm26.html
0 Response to "Pembangkang Berikrar Bawa Balik RM2.6 Bilion Jika Menang PRU-14 !"
Posting Komentar