Judul : Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma
link : Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma
Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma
SHAH ALAM: Kerajaan Arab Saudi disaran menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada benarkah dakwaan Umno bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan derma disumbangkan oleh seorang putera raja Arab Saudi.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata perkara itu perlu disentuh Kerajaan Arab Saudi memandangkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud kini berada di Malaysia.
“Kerajaan Arab Saudi khususnya bila Raja Arab Saudi berada di sini sepatutnya menyentuh benar atau tidak ada seorang putera Arab Saudi menderma RM2,600 juta kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita perlukan kepastian kerana alang-alang orang yang menderma itu ada di sini, kenapa tidak dibuat satu pengakuan betul atau tidak duit itu diderma oleh mereka kepada Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
Mukhriz berkata demikian pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, di sini, malam tadi.
Jelasnya, tindak tanduk Perdana Menteri dan beberapa pemimpin Umno yang sebelum ini sering berdolak-dalik dalam memberikan penjelasan mengenai wang derma itu menyebabkan majoriti rakyat yakin wang itu adalah wang dana milik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Pertama kerana Perdana Menteri kata duit diderma putera raja Arab Saudi ini kepada Umno untuk melawan pembangkang tapi ada menteri kata duit itu untuk melawan Isis dan kemudian tukar lagi untuk melawan Yahudi. Mana satu betul saya pun tak tahu sebab cerita asyik berubah.
“Kalau benar putera raja itu mengaku memang benar kami yang menderma, juga merupakan satu perkara yang perlu kita pertimbangkan, adakah boleh kuasa asing mencampuri urusan politik kita,” katanya lagi.
Katanya lagi, dakwaan Najib mengenai derma itu bertambah meragukan ekoran Arab Saudi sendiri terpaksa meminjam 10 bilion dolar Amerika untuk membangunkan ekonomi mereka akibat kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa. #sumber
Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma
Sekianlah artikel Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/lawatan-raja-salman-sampailah-masa-arab.html
0 Response to "Lawatan Raja Salman: Sampailah Masa "Arab Saudi" Mesti Jelaskan Isu Derma"
Posting Komentar