RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam

RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam
link : RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam

Baca juga


RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam


PASIR MAS: Pemuda PAS Kelantan di seluruh kawasan di Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pemuda PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata laporan polis dibuat ekoran tuduhan Penasihat Parti Amanah Kelantan (PAN) yang tidak berasas terhadap PAS.

Katanya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan menyebar maklumat palsu.




"Kami mohon agar siasatan itu dilakukan segera. Hari ini bukan setakat Pasir Mas dan Rantau Panjang, bahkan 12 kawasan lain turut mengambil tindakan serupa," katanya selepas membuat laporan tersebut.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang, Mohamad Zailani Mohd Yunus dan anggota jawatankuasa pemuda PAS kedua-dua kawasan.

Husam sebelum ini dalam rakaman 'YouTube' mendakwa pimpinan PAS menerima dana RM90 juta melalui sebuah institusi perbankan.




Ahmad Fadhli turut mencabar mencabar Adun PAN terbabit supaya membuat pendedahan nombor akaun Affin Bank penerima wang tersebut secara jelas.

"Kalau beliau mempunyai rekod dan bukti yang jelas, sila dedahkan nama kalau tidak saya kira beliau bukan seorang penakut," katanya.


Sementara itu, satu lagi laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa oleh Muhammad Abdul Malik Abdul Karim kira-kira jam 10.36 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu menyifatkan tuduhan itu adalah bertujuan untuk merosakkan nama baik PAS dan pemimpin-peminpin PAS termasuk dirinya sendiri.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa setakat pengetahuan saya PAS ataupun mana-mana pimpinan PAS tidak pernah menerima sebarang wang sebagaimana yang dituduh oleh Husam," katanya sebagaimana di dalam laporan tersebut. #sumber


RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam

Sekianlah artikel RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/rm90-juta-pemuda-pas-kelantan-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RM90 Juta: Pemuda PAS Kelantan Buat "Laporan Polis" Terhadap Husam"

Posting Komentar