Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib

Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib
link : Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib

Baca juga


Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib

UMNO perlu menyingkir pemimpin parti ‘gila wang’ jika mahu mendapat mandat besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Menurut bekas Naib Presiden UMNO itu, ia perlu dilakukan susulan sokongan rakyat beralih kepada pembangkang disebabkan meluat dengan pemimpin berkelakuan sedemikian.

“Ini zaman media sosial, bukan lagi zaman kita panggil orang dan bagi wang. Dalam pemilihan dia bertanding kemudian dia bagi duit kepada ahli, kemudian menang. Dia menang kerana apa, kerana duit.

“Kalau menang kerana duit, orang yang berduit  sahaja akan menjadi ketua,”

“Saya fikir UMNO kena bersihkan dirinya sebab itu lahirnya pembangkang sebab mereka meluat lihat pemimpin UMNO bersikap macam ini,” kata beliau dalam majlis mesra media bersamanya, di Shah Alam hari ini.

Pada masa sama bekas Menteri Besar Selangor itu turut menyelar segelintir ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir semasa proses pengundian berlangsung.

Dalam kejadian terbaharu yang pada Isnin, Bajet 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hampir tidak lulus di peringkat jawatankuasa selepas pembangkang mengusulkan undian belah bahagian.

“Apa guna awak jadi pemimpin? Awak dah sombong, angkuh, dah tak peduli dengan kehadiran di parlimen. Orang sebegini patut digugurkan semasa pilihan raya,” kata veteran UMNO itu.

Namun, bajet tersebut akhirnya diluluskan dengan satu undi majoriti, iaitu 52 ahli parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain. membantah.

Beliau yang dikenali Mat Taib pernah mengetuai Selangor dari 1986 sehingga 1997, sebelum ini mengambil keputusan menyertai pembangkang pada 2013.

Bagaimanapun bekas Ketua Penerangan UMNO itu kembali ke pangkuan parti pada Sept lalu selepas mendakwa PKR tidak mementingkan  agenda perjuangan Melayu dan Islam.


Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib

Sekianlah artikel Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pemimpin-gila-wang-perlu-dibuang-mat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemimpin gila wang perlu dibuang – Mat Taib"

Posting Komentar