Judul : PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah
link : PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah
PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah
PETALING JAYA: Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad didapati bersalah dalam skandal urusniaga matawang asing 1991, UMNO juga bersalah kerana mempertahankan bekas Perdana Menteri itu, kata Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya benar mahu menghukum bekas presiden UMNO itu yang kini pengerusi PPBM, setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankannya harus turut sama dihukum dengan setimpal.
“Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh. Jika siasatan mahu dijalankan, maka haruslah disiasat sampai ke lubang cacing. Jangan lupa bahawa era Dr Mahathir pun merupakan era Umno juga,” katanya menerusi kenyataan.
Baru-baru ini, bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata, BNM mengalami kerugian AS$10 bilion (RM40.4 bilion) dalam urus niaga perdagangan matawang pada awal 90-an semasa era pentadbiran Dr Mahathir.
Hari ini, Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga itu.
Naib Ketua Khairul Azwan Harun mahu siasatan melihat sama ada kerugian bank itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan.
“Kita mendesak agar RCI dibentuk untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa wujud usaha bagi menutup fakta terhadap kerugian sebenar dalam ‘forex trading exposures’ sebanyak AS$150 bilion (RM664 bilion),” katanya, menurut laporan media. #sumber
PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah
Sekianlah artikel PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/ppbm-jika-tun-dr-mahathir-salah-dalam.html
0 Response to "PPBM : Jika Tun Dr Mahathir Salah Dalam Isu BNM, UMNO Pun Salah"
Posting Komentar