Judul : Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik
link : Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik
Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos kemungkinan akan melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional, termasuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
Beliau juga mungkin akan berundur sebagai pengerusi Gabungan NGO Selangor dan Gabungan NGO Malaysia.
Jamal bagaimanapun mungkin mengekalkan jawatan ketua gerakan Baju Merah, yang menjadi perbualan orang ramai apabila mereka menganjurkan himpunan balas melawan Bersih 2.0.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas dibebaskan dari IPD Ampang Jaya petang tadi. Beliau dan 9 yang lain ditahan beberapa hari lalu semasa polis menyiasat dakwaan samun berkumpulan.
Dakwaan itu timbul selepas beliau mengetuai serbuan ke atas beberapa premis permainan video di Selangor, dalam usaha menonjolkan kegagalan kerajaan negeri bertindak ke atas kegiatan perjudian haram.
“Bagi saya, jawatan yang dipegang untuk masyarakat ini tidak dapat dipergunakan sepenuhnya. Sebaliknya, selepas ini saya akan mengusahakan judi haram seperti tauke-tauke judi yang lain kerana mempunyai kekebalan dan keistimewaan,” katanya secara sinis.
Beliau berkata demikian kepada para penyokongnya dalam satu video ringkas, yang dimuatnaik ke Facebook.
Ahli perniagaan itu terkenal dengan tindak-tanduk yang menarik perhatian media.
Beberapa bulan lepas, beliau meletakkan 10 katil di luar bangunan urusetia kerajaan Selangor dalam usaha menonjolkan kegiatan rumah urut yang didakwanya berleluasa di negeri itu.
Pada Disember lepas, Jamal tampil di luar bangunan urusetia kerajaan Selangor dengan hanya bertuala sebagai tanda bantahan kepada gangguan bekalan air di Lembah Klang.
Demo tuala itu berlaku sebulan selepas beliau mempertikaikan kemewahan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly dan membawa media menaiki helikopter meninjau rumah banglo yang didakwa milik Adam. #sumber
Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik
Sekianlah artikel Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/jamal-yunos-kemungkinan-akan-lepaskan.html
0 Response to "Jamal Yunos Kemungkinan Akan Lepaskan Semua Jawatan Politik"
Posting Komentar